mek da ©™

Dear diary,

Resepi Kuih Keria Gula Melaka by Mek Da. Jom try! Kuih viral nih kihkihkih.. walaupun kuih keria mek da kelihatan agak buruk, nak share jugak resepi kahkahkah.

Bahan-bahan:-

  • Keledek oren 1kg
  • Gandum 1 1/2 cawan
  • Sedikit garam
  • Gula Melaka 1 ketul
  • Gula Pasir 1 sudu
  • Air
  • Minyak utk menggoreng


Cara-caranya:-


Rebuskan ubi keledek. Toskan dalam 15 minit. 


Lenyekkan sampai lumat semua. 


Letak tepung gandum dalam 1 1/2 cawan dan sedikit garam. Gaul-gaulkan sampai sebati.


Dohkan dulu macam ni.


Kemudian buat lubang tengah-tengah


Bentuk tak sekata tak pelah janji nampak cam kuih keria ee



Goreng dalam minyak yang banyak


Ok dah masak.. 
Then...sira dengan gula melaka pulak


Gula melaka campur sedikit air & gula pasir


Kacau sampai pekat dan berbuih macam ni


Tutup api. Masukkan kuih keria tadi. Gaul sampai kering.


Si mek punya gula melaka dah terlebih... patut kena tambah sedikit air bagi rata masa menggaul keria tu...kaler tu tak berapa rata... silap kat situ.. tak pe first try kan...kihkih...


Then sejukkan........dah boleh makan. Lembut youuuu my keria kihkih



Till then.....................mekda.

#daridapurmekda





Labels:
1 Response
  1. oh tidak.
    ni adalah blog ke3 ada citer pasal keria!
    my feveret tau.
    oh tidak....
    mana kan ku carik?
    nak ke klebang tu, hmmmm malas plak nak beratur.