mek da ©™
Dear diary, 

Hampir 10 bulan arwah MIL (Ibu Mertua) pergi meninggalkan kami. Hari ni kak mek nak abadikan beberapa gambar yang ada untuk kenang-kenangan di masa depan. Arwah sakit tak lama... dalam sebulan lebih akhirnya arwah pergi dijemput Ilahi... 

Beberapa tahun sebelum tu memang arwah ada penyakit diebetes... tahun demi tahun penyakit arwah makin melarat.. macam-macam penyakit berkaitan pula timbul cuma dalam sebulan lebih tu yang hampir tenat. Dalam masa dua minggu arwah berada di hospital... arwah minta dibawa pulang ke rumah... ikutkan pihak hospital mahukan arwah terus dirawat tetapi arwah berkeras untuk pulang ke rumah juga.. Kami yang tinggal jauh di JB agak risau dengan keadaan arwah ketika itu, tidak mustahil pada ketika itu dalam seminggu sekali kami berulang alik ke kampung untuk menziarahi arwah. Masa tu lah keadaan agak celaru, terpaksa meninggalkan kerja seketika dan peperiksaan akhir tahun anak-anak pula terpaksa ditangguh. Nak buat macam mana kan? Ini semua dugaan... kena hadapi dengan tabah.


Alhamdulillah, sempat jaga arwah di hospital. Bukan minta dipuji, sempat juga membasuh najis arwah yang sampai hari ni bila diingat balik Allah sedihnya... arwah tak boleh berjalan, seboleh-bolehnya arwah tak mahu menyusahkan kak mek... tapi arwah tak mampu... kena kite juga yang uruskan... sedihnya time ni :(


Kalo tak snap picture makanan.. itu bukan kak mek namanya kan. Tunggu arwah di hospital...makan roti cicah gulai... 



Ini gambar arwah dah bertukar ke katil yang lebih pemerhatian dari pihak doktor




Arwah kena cuci darah, buang air dari usus... sampai ke sudah kami tak tahu ape penyakit sebenar arwah... suspek kanser hati :(

Ingat lagi.... semasa hari terakhir berjumpa arwah, masa tu kami dah nak bertolak balik ke JB... arwah meminta kak mek buatkan 'sayur air' atau sup sayur... tak nak letak aji.. letak garam sikit je..bagi rasa-rasa...arwah betul-betul nak makan sayur air time tu... alhamdulillah sempat buatkan sayur air yang arwah nak makan... suami kak mek yang buatkan... dalam hati rasa tak sedap... rasa lain macam dengan permintaan arwah. Kami bagitahu arwah... 2 minggu akan dtg kami akan pulang menziarahi arwah lagi....tapi tidak....... seminggu selepas tu di waktu maghrib, kami menerima panggilan yang mengatakan arwah sudah tiada............. :(


Rupa-rupanya itulah 'sayur air terakhir' untuk arwah mil.........

Semua orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari-hari. Namun bila sampainya hari Tuhan ambil dia semula, kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang... sakitnya :(

Alhamdulillah, kak mek sempat memandikan jenazah arwah mil.... pengalaman pertama kak mek sebenarnya. Sampai hari ni kak mek tak boleh pandang baju yang kak mek pakai masa mandikan arwah....

Arwah selamat dikebumikan selepas zohor...



Kami buat tahlil selama 7 hari 7 mlm... & setiap malam jumaat sehingga 100 hari


Hidangan untuk majlis tahlil arwah





Abahku......... semoga kau panjang umur...Aamin2 YRA




Ibuku... semoga kau panjang umur..Aamin2 YRA




Selama seminggu kami siapkan makanan untuk budak-budak tahfiz si penjaga kubur



ALFATIHAH UNTUK ARWAH IBU MERTUAKU



Namun sebenarnya kenangan dengan arwah itulah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia kerana dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu..... 


Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu). 

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati.. 

 

MATI ITU PASTI


Till then, 
Mekda.



Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...