mek da ©™

Dear diary,

Ayam Paprik Thai cara kak mek. Jom buat!!

Bahan-bahan:-

  • Hirisan Ayam 
  • Bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • cili - lebihkan jika suka pedas (ketuk)
  • lada besar merah
  • daun ketumbar
  • sos ikan
  • sos tiram
  • sos blackpepper
  • sos cili
  • sos tomato
  • gula
  • garam
  • bawang besar
  • serbuk kunyit (untuk dilumur pada ayam)
  • buah tomato
  • lobak merah
  • jagung muda
  • sedikit pes tomyam thai





Cara-caranya:-

Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ayam. Goreng seketika. Ketepikan.

Panaskan sedikit sahaja minyak. Masukkan bawang putih & cili yang diketuk bersama serai. Masukkan air dan pes tomyam. 

Kemudian masukkan segala sos tadi. Sos ikan, sos tiram, sos blackpepper, sos cili & sos tomato.

Masukkan daun limau purut. Perasakan dengan garam & gula sesedap rasa. Pada kak mek, tak letak gula garam pun tak pe, sos tadi dah mencukupi. Lagipun dah lumur sedikit garam pada ayam.

Masukkan lobak merah, lada besar, jagung muda dan hirisan bawang besar. Biarkan masak seketika. Ayam yang dah digoreng tadi bolehlah dimasukkan ke dalam kuah paprik ni. Gaul rata. Tabur daun ketumbar dan potongan buah tomato. Masak seketika lagi bagi serasi sikit kihkih. 

Tutup api. Siap!


kak mek lebih suka ayam digoreng dahulu.. entahlah. mak mak haha!


Boleh cuba ye.............

Till then, @mek_cda


Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Sarapan kat ceruk dapur rumah pun boleh feeling2 makan roti titab kat kopitiam ok. Benda boleh berangan, buat apa nak malu hahahahaha!!!


Ok hari ni nak share resepi Roti Titab Homemade versi kak mek. Ikut anak tekak kak mek ok :p


Bahan-bahan:-

Roti gardenia lapiskan 2 supaya tebal ahaksss (cara kak mek)
Kalo ada roti bata lagi bagus 

1 biji telur separuh masak

Mentega

Kaya

Serbuk blackpepper/lada putih


Cara-cara:-

Rebus telur separuh masak.

Sapu dengan rata mentega pada roti. 

Bakar roti. Tahap kegaringan ikut korang suka macam mana.

Tepekkan kaya di setiap penjuru roti.

Pecahkan telur separuh masak tadi di atas roti.

Biarkan meleleh.

Siap!

Sedia dimakan bersama kopi O wuu nikmatnyaaa hehe.


Roti titab ni agak terkenal juga di negeri kelahiran kak mek. Kalo rasa nak makan tu... boleh try buat ye. 

Till then, @mek_cda




Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Bulan Ramadan kian menjelma.. cewah. Jom training buat kuih akok. Kuih akok ni famous di negeri Kelantan. Kuih tradisional katakan.... Boleh dijadikan hidangan untuk berbuka. Gituewww haha.


Ok ni kak mek kongsikan cara-cara buat kuih akok dengan menggunakan acuan muffin dan membakarnya hanya dengan menggunakan oven. Fresh from the oven hokehh kuikui.


Adunan seperti resepi di atas kita boleh dapat dalam 24 -25 biji akok. Ok la kan. Puas makan.


Seksi tak? hahhahhahahha


First try, ok ke tak ok?


Makan panas-panas sedap ni. yum yum. Ok selamat mencuba :)

Till then, @mek_cda





Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™



Dear diary,

Try nasi kukus mak ani kat kempas, sedap juga. Harga berpatutan, RM5 je... ayam pun ok. Tak de la kecik sangat. Puas makan laaa.. ok la dengan harga RM5.


Not bad, cukup rasa :)


singgah kempas frozen food, beli otak-otak frozen. Tangkap air katira nihhh... sedap!

Till then, @mek_cda


Nasi Kukus Mak Ani

Address25, Jalan Kacung 1, Kampung Sri Kempas 1, 81200 Johor Bahru, Johor
Hours
Open ⋅ Closes 5:30PM



Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Penggemar mee celup di JB wajib datang sini ok. Mee Celup Telur Dangdut lokasi di Pandan, Johor Bahru dan berhampiran dengan kawasan Taman Molek.


Rasa kuahnya memang sedap, terasa sangat! Tekak kak mek mmg suka kuah sup mee celup kat sini. Sangat recommended!


Dan yang penting bagi penggemar telur separuh masak macam ni harus order mee celup special telur dangdut... gituewww


Teh ais tak yah citer... memang kaww dan padu ahakksss


Must try!

Till then, @mek_cda


Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™



Dear diary,

Kak mek dah makin tua kikiki.... alhamdulillah celebrate birthday secara biasa-biasa sahaja bersama suami & anak-anak. Potong kek dan makan-makan. Suami bakar-bakar ayam, buat BBQ. Biasa macam gitu je laaa.. makan-makan anak beranak hikhik.


Terima kasih suami terchenta beli kek untuk orang tua. Entah bila dia pegi booking huhu





birthday selfie 12/4/2019


with my chenta hati muahhhh



semoga daku dipanjangkan umur, murah rezeki.... aamin





anak dara dara iolss



ayam bakar madu



goreng bihun je... jemput kawan-kawan haikal datang makan-makan



otak-otak kempas



kawan opis belanja oden & kek red velvet family mart



sedap kek ni... boleh tahan



oden...... sedapnyaaaaaaaaaaaa!!


encik suami belanja beli oven & kasut converse buat basahan.. biasa2 jeee


TQ!!!!!


Kejutan dari anak dara kak mek....... balik sekolah hulur sekuntum bunga ros ni... alahai sweetnya anakku... sayang zara.


katanya beli dekat koperasi sekolah RM1

HAHAHA!!



Happy Birthday to me

Till then,
@mek_cda


Labels: 0 comments |
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...