Bismillah, Ya ALLAH ini my first entri untuk tahun ni? Lama betul tak update blog. Rindulah!
Macam biasa tak tau nak mula dari mana so kita update yang penting-penting sudah. Dah nak abis tahun gambar kenangan sambutan birthday Zara tahun lepas pun belum diabadikan dalam diary ni.
Celebrate biasa-biasa sahaja. Ada la buat birthday surprise sikit. Order kek & bouquet.
Red Velvet Cake
Comel tak korean cake ni hiksss
Order nasi arab delivery... alhamdulillah sedap
Tiada ucapan paling indah, mama nak adik sihat-sihat saja, panjang umur, murah rezeki, belajar rajin-rajin ye... Amen!
Alhamdulillah 26.11 yang lalu genap 12 tahun umur anak sulungku Wan Adam Haikal Bin Wan Zamri. Semoga abang membesar dengan sihat, jadi anak yang baik... Insya Allah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah Aamin!
Lately bercinta betul nak update diary berhabuk nih hehe. Tak tau hilang ke mana moodnya. Macam biasa tak tau nak start dari mana hoho. Ok apa yang boleh i katakan lately i banyak order food delivery. Jarang sikit makan kat luar. Masak tu selalu cuma malas nak update kat sini. Tunggu la mood datang ye.
Sebenarnya nak cerita ni... dalam bulan lepas i agak ketagih dengan ayam geprek atau seangkatan dengannya iaitu ayam gepuk dan ayam penyet. Hahaha.
I try order ayam geprek from Universal Sambal. Allahhh... sedap weiii
Tak rugi beli.... ayam besar, rempah sedap, sambal powerrrr!
i order ayam geprek sambal brown sugar sebab tak nak la yang pedas sangat
Korang yang berada kat JB boleh call no ni untuk tempahan. Order melalui Grabfood atau Foodpanda pun ONZ!
Antara pilihan menu yummehh
Overall, puas hati dengan ayam geprek kat sini. Sedappppppppp mantul oi.
Till then,
@mek_cda
Ayam Geprek Universal Sambal
Dine-in·
Takeaway·
Delivery
Address: Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor