mek da ©™



Dear diary,

Try nasi kukus mak ani kat kempas, sedap juga. Harga berpatutan, RM5 je... ayam pun ok. Tak de la kecik sangat. Puas makan laaa.. ok la dengan harga RM5.


Not bad, cukup rasa :)


singgah kempas frozen food, beli otak-otak frozen. Tangkap air katira nihhh... sedap!

Till then, @mek_cda


Nasi Kukus Mak Ani

Address25, Jalan Kacung 1, Kampung Sri Kempas 1, 81200 Johor Bahru, Johor
Hours
Open ⋅ Closes 5:30PM



Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Penggemar mee celup di JB wajib datang sini ok. Mee Celup Telur Dangdut lokasi di Pandan, Johor Bahru dan berhampiran dengan kawasan Taman Molek.


Rasa kuahnya memang sedap, terasa sangat! Tekak kak mek mmg suka kuah sup mee celup kat sini. Sangat recommended!


Dan yang penting bagi penggemar telur separuh masak macam ni harus order mee celup special telur dangdut... gituewww


Teh ais tak yah citer... memang kaww dan padu ahakksss


Must try!

Till then, @mek_cda


Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™



Dear diary,

Kak mek dah makin tua kikiki.... alhamdulillah celebrate birthday secara biasa-biasa sahaja bersama suami & anak-anak. Potong kek dan makan-makan. Suami bakar-bakar ayam, buat BBQ. Biasa macam gitu je laaa.. makan-makan anak beranak hikhik.


Terima kasih suami terchenta beli kek untuk orang tua. Entah bila dia pegi booking huhu





birthday selfie 12/4/2019


with my chenta hati muahhhh



semoga daku dipanjangkan umur, murah rezeki.... aamin





anak dara dara iolss



ayam bakar madu



goreng bihun je... jemput kawan-kawan haikal datang makan-makan



otak-otak kempas



kawan opis belanja oden & kek red velvet family mart



sedap kek ni... boleh tahan



oden...... sedapnyaaaaaaaaaaaa!!


encik suami belanja beli oven & kasut converse buat basahan.. biasa2 jeee


TQ!!!!!


Kejutan dari anak dara kak mek....... balik sekolah hulur sekuntum bunga ros ni... alahai sweetnya anakku... sayang zara.


katanya beli dekat koperasi sekolah RM1

HAHAHA!!



Happy Birthday to me

Till then,
@mek_cda


Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Korang penah rasa Miang Pla Poa? Sejenis masakan Thai yang tengah 'in' sekarang ni lagi2 kat Kelantan. 

Kalo tak silap 'Miang Pla Poa' ni bermaksud kerabu ikan bakar ke ikan bakar gitu lah haha.

Paling best masak guna ikan talapia segar. Korang boleh bakar atau goreng garing ikan tu... terpulang pada selera uolsss... yang penting sos thai tu haaaa... 


OK jom cuba buat. Kak mek nak share resepi cara kak mek. Simple2 je. Dah 2 kali kak mek buat  Miang Pla Poa ni. Sekali cicah dengan sos hijau dan kemudian dengan sos merah pulak. Ape beza hijau merah tu?? alahh tak de apa lah... warna cili tu je kihkih



Resepi Miang Pla Poa Homemade:-

  • Ikan Talapia (Goreng garing ye tapi jangan sampai hangus haha)
  • Tepung bestari
  • Tepung jagung
  • Serbuk kunyit


First, ikan dibasuh bersih2 dan kak mek lumur dengan tepung bestari, sedikit serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung. Kemudian goreng garing sampai masak. Ketepikan.

Kemudian kita buat sos pulak.

Bahan sos:-

  • Cili padi 
  • Lada merah/hijau
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka/nise
  • Akar daun ketumbar
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air


Caranya, blend kan semua dan sesuaikan rasa dengan tekak masing-masing. Boleh kurangkan cili padi jika tak nak pedas sangat ye.

Kemudian, hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos.

Boleh juga tabur bijan sebagai hiasan pada sos. Sangai la dulu kejap bijan tuu... 

Miang Pla Poa ni sedap dimakan dengan ulam-ulaman.

Cadangan ulam-ulaman:-

  • Daun salad
  • Timun batang
  • Tomato


Sedap dimakan dengan nasi mahu pun bihun yang dicelur. Kak mek lebih suka makan dengan bihun kosong yang dicelur. Nikmatnya ratah2 ikan tu.. garing2 cicah sos perghhhh... alhamdulillah.

If resepi ni tak menepati selera thai/resepi asal dari thai mohon ampun ye. Kak mek olahkan ikut tekak kak mek sendiri.

Korang kalo nak mewah lagi boleh cuba layan sos Miang Pla Poa ni dengan seafood. Udang sotong ketam pasti angkat tangan meletop kihkih :P

Haaa, gituewww!

Oklah, selamat mencuba.

#daridapurmekda

Till then, mekda.











Bideoo Miang Pla Poa Homemade by kak mek

Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Pantai Kemayang, Bachok Kelantan.

Singgah minum2 air di sini sambil layan nasi goreng tepi laut muhahhahahhaa... 


Terletak 5km dari bandar Bachok, Pantai Kemayang sentiasa dikunjungi ramai.


Family time!!! miss u all


Teh ais, semestinya kak mek punya haha.

Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Kenduri. Hai pendeknya tajuk. Makin lama makin tak de idea nak menulis. Tapi nak tepek gambo kat sini untuk tatapan di masa hadapan kihkihkih.

Aci tak?


Wedding cousin tapi tak de pulak ku snap gambo pengantin hahahhahahahha..........




kami je la berposing di celah2 meja koh3








Till then, mekda.


Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...