mek da ©™
xde catatan sehari dua nih. bkn xde idea tp malas. hihi. selasa aritu aku cuti. haikal demam. cian anak bujangku. so, aku ngan encik husband amik cuti sbb xsanggup nk tinggalkan dia pd ibu pengasuh. kot dia merengek. ekceli ibu pengasuh ok jek. itu di mataku la. di belakang tuhan jek thu. so far dia ok dan baik sgt. aku dh anggap cam kakak sendiri.

haikal demam 2 hari sebelum usianya cukup 9 bulan. agaknya beralih bulan. pastu dia main2 ngan gusi dia lak. asyik jolok jek. sampai nk termuntah pun ade. mesti nk tumbuh gigi kelima nih. hehe.

haikal selesema dan batuk2. takut dan sgt risau. bw pi klinik. kena 60 hengget. doktor sedut kahak sbb byk sgt kahak terkumpul. yer la sampaikan nk bernafas pun susah. budak kecik mn pandai nk kuarkan kahak sendiri. nangis dia masa doktor sedut tuh. mesti dia pikir kita nk ape2 kan dia. hehe. cian haikal.

alhamdulillah, ari nih ngan semalam pun dh ok cikit. tp batuk lom hilang. walaupun demam, haikal tetap lasak. tdo lambat. huh. fenat nk melayan dia sampai mlm buta.

nih kisah aku lak. malas tul nk bersahur skang. kalo nk thu, first day sahur jek aku mkn nasi. seterusnya mkn biskut dan roti jek. cicoh air milo. hahaha. xleh telan. badan penat sgt. mengantuk la tuh. tuh yg nk bukak mata pun susah. ape taknya, haikal tdo lambat. pastu sedar mintak susu lak. 4.30 kena bgn sahur lak. time nih la mamai. pastu lps sahur bknnya leh tdo dah. haikal dh siap sedia nk bangun lak. aku lak kena turun g kje kol 7.30. so kena la bersiap awl.

ape pun, hari2 yg di lalui ku tempuhi dgn sabar.


bior dia tdo gini, asalkan selesa. hikhik.
Labels: 6 comments |
mek da ©™

semalam ngidam lala masak sambal. so beli dan goreng sendiri le. huhu. xmkn ngan nasi tp mkn gitu jek lps mkn nasi. pedass gitu.
resepi gue:

1/2 kg lala
cili boh
minyak msk
serai
bwg putih
daun sup
garam
gula
perasa
air
belacan


pastu buat kuih puteri mandi. sorry yer, kaler hijau jek. lg comei kalo kasi kalerful cikit. letak merah, kuning, oren...hikhik...


puteri mandi atau org kg panggil kuih kemek idung. ye tak?
Labels: 7 comments |
mek da ©™
gambar nih diambil pada hari minggu yang lepas.



haikal bertungkus-lumus untuk menolak buainya. sungguh xleh dok diam. dan akhirnya...




tewas jua...eee...lps tuh br tdo.


kalo bantal bucuk nih xde, kompom xleh tdo.


tangkap leleh air liuq...ekekekekeke...penat sgt..ciannya.
Labels: 4 comments |
mek da ©™
pagi td jalan2 ke blog mamalieyna. tetiba terbaca psl entri " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess". slps digoda oleh mamalieyna, aku nak gak la try join contest nih. first time gak nih. huhu.



ekceli, contest nih dianjurkan oleh Mommy_Zara...cayalah mommy_zara a.k.a mea myra yer. baguih noo anjurkan contest sebegini. hmm..dh byk kali aku tgk blogger buat contest cam nih. tp xpernah join. tetiba teruja lak nk join contest anjuran mommy_zara nih. hadiahnya cun jgk.kiut banget. selain suka suki...hope taruhan utk kali pertama nih menang ler. katanya ader 6 pemenang. ok ar tuh. huhu.

baiklah. aku nk pertaruhkan gambar anak terunaku dlm contest nih. kiranya nih untuk kategori A (boys)la yer.

dlm byk2 gambar baby boyku, gambar nih aku pilih. katanya nak gambar bersahaja. xtau nk pilih mana satu. amik jek yg nih. hehe. kiranya gambo nih cun dimataku wokeh. memandangkan pihak pengajur xkesah bila gambar ini diambil, yer la xkira lama atau baru janji comel, so gambar Haikal yg dipertaruhkan nih diambil pada masa umurnya 7 bulan. xde la lama sgt. picture bln lps nih. masa tuh dia tgh main2 kat ruang tamu umah.



Nama baby boyku: Wan Adam Haikal Bin Wan Zamri
Umur: 8 bulan

ok.nih plak gambar mama ngan haikal. gambar nih diambil masa haikal dh masuk umur 8 bln. masa tuh dlm kete. tgh tggu papa byr kete kat ambank.hikhik. pernah nengok kan. haikal dok gigit aper daaa..tuh ar kje dia. menggigit segala bagai.



hmmm...check list dulu.

1. jd follower Mommy_Zara -done
2. sila add banner di atas pada sidebar..-done
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..-done
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri-done
5 sila nyatakan bila gambar diambil.-done
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k..done

ok dh settle. harapan kami agar "Cik Penganjur .. Princess Delisha" dpt memilih kami sebagai pemenang. haha...cam memaksa lak. tak le just bg semangat sikit. agak2nya kalo haikal menang leh tak haikal nak ngorat princess delisha. kihkih. jd menantu ai. aduhai melaluk lak. baik stop jek.

kpd sape2 yg nak turut serta, jgn segan silu. jom join contest nih. sila ke blog Mommy_zara okeh! selamat mencuba. hihi. tak lupa tenkiu to mamalieyna coz bg information psl contest nih. vote for dada too.

TERBUKA SEHINGGA 31ST AUGUST 09
Labels: 3 comments |
mek da ©™


bila tiba jek bulan ramadhan...automatik aku teringat kat kelantan tanahairku. aku rindukan masakan ma. kerabu jantung pisang ma cukup sodap.huh. kalo blk sana sure aku suh ma buat kerabu dan makan begitu saje. sama naik ngan abg. kdg2 dia yg beria-ria suh ma aku buat. kembang kempis idung ma aku bila aku memuji masakannya. air tangan ibu...msk aper pun sdp. kalo kat kampung, nasi ngan budu pun sdp.

kuih2 lak pelbagai. nk aper semua ader. kalo kt jb nih pun byk. sedia duit jek. ader yg sodap gak. tp best lg kat kampung. semua yg kita nak pasti ader. cam kuih2 kat atas tuh. hehehehehe. mengidam lak.

dlm byk2 kuih, koleh ubi paling aku suka. koleh ubi? tak phm eh. org luar sebut aper eh. puding ubi keledek tak. aku suka sgt. ma ngan abah aku mmg dh tau dah. dkt2 raya nati...bila aku blk nk raya...hari2 akhir di bln ramadhan, sempat la berbuka di kampung. masa tuh la ma akan sediakan koleh ubi. dia dh tau tuh kegemaran aku. lg2 yg kaler kuning, sdp sgt.

kalo zmn dok kg ngan ma abah dulu...nampak jek abah nk g bazar ramadhan, mesti aku ckp..bah beli koleh ubi ngan laksa penang yer. hihi. laksa tuh mkn mlm2 lak. eyyy...windunya. bestnya berbuka ramai2 ngan adik2. tp kalo zmn sekolah dulu aku jarang bangun sahur. xsuka sahur. minum air jek. hihi.

masa blaja lain plak. bersahur ngan megi jek. hari2 megi. cam2 perasa. arini perasa kari. esk asam laksa. lusa soto ayam. hikhik. xde maknanya aku nk pi beli nasi pagi2 buta masa sahur. nk bgn celik mata pun susah. kalo beli siap2 xbest, sejuk jek nasi ngan lauk tuh. lg xlalu nk mkn.

masa berbuka lak best sekali masa kt kampus. ramai2 berbuka. kol 5 mesti turun pi cafe ngan kwn2 utk beli makanan. pastu berbuka kat pondok2 yg disediakan kat sekitar kolej kediaman kami. huh best bangat. masakan paling aku suka masa kat cafe dulu ialah bawal masam manis ngan kerabu mangga. mmg ngam. huh. sdp.

thn lps aku sambut ramadhan semasa berbadan dua. mcm2 makanan ader kan. sdp la aku jamah itu ini. tgh selera kan. hehehe...blk jek dari kje...mesti g bazar...dgn perot memboyot eeee...

thn nih lain plak. haikal dh muncul dlm hidupku. confirm dia org yg paling kecoh masa berbuka nati. agaknya...aku ngan abg kena bergilir2 lah mkn. mcm skang nih mkn kena gilir2 kecuali dia tgh tdo. leh la mkn berdua. huhu.

moga ramadhan thn nih memberi seribu makna kepada aku sekeluarga.
Labels: 6 comments |
mek da ©™








Labels: 2 comments |
mek da ©™

ade satu permintaan. nk tambah satu lg entri utk ari ni boleh tak? boleh la. boleh la. eyy gediknya mak cik.

lunch hour td kuar kol 12. perot masih kenyang sbb pg td dh mkn berat2. so decide xnak mkn tengahari. tp dh sediakan kerepek utk dikunyah nati.bosan dok opis, aku kuar amik angin jap.huah.huah.huah.

masa kuar tuh berazam tak nak beli ape2.
tp terbeli tudung kuda belang nih plak.
erkk..ade ke tudung nama kuda belang. aper2 jek la.
murah jek nih. boleh dimaafkan tak?
hihi.



saje jek enter prem.

ok.lps jek blk dari berjln2 td...aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon daripada seorang jejaka. jejaka?

suami kwnku ler...dia call aku bgtau kwn aku, wati dah selamat bersalin kat Hospital Kluang.bersalin normal. tahniah wati. tepat ngan due hari ni. bagus tol. dpt baby boy. berat lom tau sbb masa hubby dia call td wati lom kuar dari labor room. lom dpt maklumat lanjut mengenai kelahiran itu. wati nih best pren aku masa kt kampus dulu. thats why aku bersungguh mengstorikan hal nih. huhu.

hmm..miza pun tgh menunggu saat2 genting ini. hari ni gak due. gud luck k my best pren.


tambahan: cuba bayangkan kalo kuda belang nih pakai tudung aku tuh. mecin tak? kahkah!

sekadar bergurau. dun take seyes about this matter k.
Labels: 6 comments |
mek da ©™
huh.pagi2 aku jwb tag. wajib yer sebulan sekali mesti ade entri utk tag. huhu. kali nih tag psl penjagaan diri lak. harus lah aku snap gambar produk yg aku pakai. malu weh. aku pakai yg murah2 jek tau. pernah mencuba yg mahal2...sama jek, so layan yg brand mudah dicari. ye idak.

Cara-caranya :

1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.
3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.
4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.
5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.


ok. aku nk jwb nih.


Penjagaan wajah:

baiklah. utk muka mula2 sy pakai gel pengelupasan dari brand syahirah. ia berfungsi utk menanggalkan sel kulit mati & mencerahkan kulit gak le. selain tuh dpt menanggalkan noda itam & kotoran serta mengawal minyak berlebihan. huhu. aku pakai nih at least 3 kali seminggu.


utk pencuci muka lak, sama la aku pakai brand syahirah gak le. fungsinya membersihkan muka secara mendalam & mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit.





selain tuh aku pakai krim pelembab muka, krim pencerah SPF30 dan juga krim kecantikan dari produk yg sama. aku suka krim pelembab dan krim pencerah dia sbb bila pakai sejuk jek. lembut gitu. bau pun wangi. dh lama aku pakai krim pelembab dia tp krim pencerah tuh baru try 2-3 hari. ok jek.

hmm..sebelum pakai bedak muka, aku pakai krim kecantikan syahirah sebagai alas bedak/foundation. aku suka sbbnya mmg tak berminyak.sesuai digunakan sebagai asas solekan yer puan2. gambar kat ats tuh kelihatan krim dh nk abis. karan kena g giant beli baru.hikhik.

penjagaan kulit:



huhu. aku pakai losyen badan nivea yg jenis intensive milk tuh sbb kulit aku kering. pastu aku pakai softner dari avon yg sweet honesty punya. lembut jek bau. sekali sekala pakai sunblock dari brand temulawak.


tak dilupakan produk dari johson&johnson nih. sekali sekala aku manjakan diriku dgn produk nih. wajib ada.

pewangi:


mmg suka yg sweet honesty dari avon punya. lembut jek. perfume, penyembur wangian badan, bedak badan pastu deodorant dari gervenne.nk snap deodorant dari sweet honesty, tp xjumpa cari letak kt ner. terselit kt mn ntah. haha.

penjagaan rambut:


oleh sbb rambutku ade sikit gugur, so aku pakai shampoo sunsilk yg jenis hairfall solution tuh.

solekan wajah:


aku jarang bersolek sbb aku tak reti bersolek. just pakai bedak miyami nih jek. hikhik. lipstik lupa nk snap lor. aku pakai lipstik avon jek.

mandian:


tak kisah aper2 jenis shower. layan jek tp biasa pakai palmolive jek. huhu.
cukup menyegarkan.

supplement kesihatan:

aku nih jenis mls nk mkn makanan tambahan nih. tp ader la mkn produk nih. serapat wangi dari mas cotek. fungsinya:
Supplemen Kesihatan digunakan secara tradisional untuk Keterampilan wanita supaya kelihatan segar, ceria dan ayu.cewah.

Mempunyai kelebihan:-
Merawat penyakit keputihan
Membersihkan segala kotoran yang kurang menyenangkan
Menghilangkan gatal-gatal pada alat kelamin, celah kelangkang serta peha wanita
Menyempitkan semula alat kelamin
Merangsang keinginan seks
Mengembalikan kejelitaan dan keterampilan
Cergas dalam aktiviti harian
Melancarkan peraturan haid
sesuai utk ibu selepas bersalin mcm aku. baru ke? bkn dh lama? hihi

lain2:

pati halia dari brand dunia herbs. utk kempiskan perut,ilangkan lenguh2 badan dan byk lg le kegunaannya. sdp gak la pakai nih.

hmmm...itu jek le tag barangan kesihatan dan kecantikan dariku. aku sgt teruja utk mengetag u guys:

mamalieyna
umi haikal
softtouch[hanim]
e.l.i.s.s.me
ladybeerd
mek kak dewan bahasa a.k.a mummy esyraf

sudi2 la kita berkongsi rahsia. ingat snap gambar produk terkini yg korang pakai. bkn produk dulu2 2-3 thn lps. produk terkini yg aku pakai yg tuh la. kalo nk dikira dulu2 tuh mcm2 pakai. dh cuba pelbagai brand weh. hihi.
Labels: 13 comments |
mek da ©™

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 29 tahun kepada encik suami.
ma sayang pa forever.
huhuhu...........
:)
Labels: 5 comments |
mek da ©™
tgh xde idea.
tak tau nk citer aper.
hehehe.
so, edit gambar adik beradik utk tontonan umum.
huhu.
ekceli, tgh merindui saat2 manis bersama mereka.
now, semua dh bwk haluan masing2.
yg kawin (aku le) bersama encik suami.
yg masih blaja sila teruskan. huhu.
kami empat beradik jek.
x sabar nk tggu raya.
nk bergurau senda pastu gaduh!
bak anjing ngan kucing kurap
bila berjauhan
rindu menikam kalbu
cewah.

Labels: 4 comments |
mek da ©™
Kakaka! Ikan Fatin means ikan patin.
Mak cik kalsum means daun kesum.
Gila ke haper aku nih...

Hmm...rasanya dah lama aku tak mengepos entri bab masakanku eh? Rindu tak? Wakaka poyo jek. Ekceli tak kan le tiap kali aku masak aku nk tempek kat blog neh. Malu ai. Huhu.

Mlm td aku masak Ikan Patin Masak Tempoyak. Request by Encik Abang. Hikhik. Bagiku lauk nih sdp dimakan pada waktu tengahari. Kena lak ngan ulam-ulaman, sambal, tembikai...huh...mmg aku suka.



Aku punya bahan untuk masak lauk nih:

Ikan Patin
Bwg merah
Kunyit
Cili Padi
Asam gelugor
Daun Kesum
Tempoyak
Minyak msk
Air
Garam
Ajinamoto
Secubit gula

Ekceli ader org letak timun btg, bunga kantang, halia...mcm2 le..aku taruk nih jek..simple2 jek utk mkn mlm.Hehe. Yg pasti cili kena letak byk...bagi pedas br sdp mkn ngan nasi panas2.



Korang punya bahan mcm mn laks?
Labels: 10 comments |
mek da ©™

Hehe.Aci tak tajuk cenggini? Hoooo...nih la best friendku a.k.a kakak angkatku yg bakal meletop thn nih. Ader lagi dia ialah teman bergosipku. Kak As yg tgh peknen. Tomei tak. Hmm..thn nih ramai lak kwn2 rapat yg peknen. Ini tak termasuk kawan2 di serata dunia la. Maksudku kwn2 rapat. Kwn2 yang pernah bersusah senang bersamaku dulu. Huhu. Gud luck to Myza yang bakal meletop bila2 masa dari sekarang. Juga kepada Wati, due minggu nih gak. Sama ngan Myza. Ok tak best pren punyai expected delivery date (EDD) yg. sama. Kalo sama2 deliver pada hari yg sama, leh celebrate birthday anak sama2. Huhu.....



Kak As baru 6 bulan usia kandungannya. So leh lg pakai bju kurung. Hmm..bln dpn ko jgn harap.Hahaha! Jgn lupa azam lps beranak ok kak. Turunkan berat badan dan cantikkan wajah. Kompom abg av makin sayang. Hehehe...xsbr nk tggu baby dia.
Labels: 2 comments |
mek da ©™

* Gambar bantuan Pak cik Googles sbbnya aku malas nk snap.

Sebut jek Dangabay dan Steamboat Dataran, teringat lak nih rutin mingguanku sebelum wujudnya Haikal dalam hidup kami. Boleh dikatakan setiap hujung minggu mesti pekena steamboat lebih-lebih lagi kat Dataran MBJB. Ala...yang byk lori2 jual staemboat tuh.Hehe...aku mmg suka mkn steamboat. Sama naik ngan encik abang le. Tp yg aku perasan bila aku peknen, aku xsuka mkn benda nih. Mmg xleh mkn. Nk muntah! Hehe...sampai la smlm baru aku termengidam. Mmg dah lama benar la aku tak ke dataran mkn steamboat. Umur Haikal dah 8 bulan. Hmm...lama tuh...so smlm pi la mamam steamboat.


Hmm..tapi sebelum tuh pusing2 Dangabay dulu. Byk gak events kat sini. Pameran orkid dan Kelab Belia Permotoran. Eh ye idak ayat nih. Lantak le. Ngeh..ngeh...



Kat dataran nih bkn aje jual steamboat. Satay, rojak buah, rojak petis, mee rebus, soto, rojak asma, nasi lemak, cendol, air jelly pun ader. So meh la mkn2 kat sini. Hehehe.



Dulu masa peknen kan Haikal ader gak dtg sini semata-mata nk mkn rojak buah/petis. Sdpnya. Aku mkn rojak petis tuh mcm mkn nasi. Masa tuh steamboat mmg aku xsentuh. Mmg xleh mkn.


Labels: 6 comments |
mek da ©™


Hmm...masa sekolah dulu ustazah selalu pesan...jgn terlalu leka...setiap hari amik sedikit masa untuk muhasabahkan diri anda....ekekekek..

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah?

The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama&

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga&

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah.....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar.....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.....

Kawan-kawan, aku ingin menjadi isteri cerdik yang solehah. Layakkah? Kerana ku rasakan begitu byk dosaku insan yang tak sempurna nih. Huh ayat mak oi.Ekekekekke!

* Lokasi gambar poyoku di atas - surau opis. Muhasabah diri atau tdo? Dua2 sekali...tdo sambil merenung masa dpn. Ape aku malalukkkkk neh..
mek da ©™
Entri nih merujuk kpd entri semalam okay. Oleh sebab selingan berteka tekok psl gambar zmn kanak2 semalam saya dijawab oleh beberapa orang pengomen paling top, so dgn bangganya saya mengepos entri nih semata-mata nak bagi jawapan kepada persoalan itu. Hikhik. Bunyi cam suspendo jek. Keh...keh...

Kepada kengkawanku a.k.a tukang komen paling setia:

e.l.i.s.s.m.i.e
umihaikal
mamalieyna
ladyBEErd
softouch[hanim]

Hmm...jawapannya ialah



Ee...inilah orangnya. Tak lain dan tak bukan...thu kan saper nih. Hehe.
Ayoooo...itu bukan mama adam haikal dan papa adam haikal. Itu salah sama sekali. Ekekekekek..xper xper...just suka suki.Huhuhu.
mek da ©™

Hmm...patutnya saya post entri nih dua minggu lps. Haikal dah masuk umur 8 bulan 10 hari pada hari ini. Berat terkini Haikal ialah 8.3 kg. Boleh dia melalak masa nk timbang kat klinik ari tuh. Xnak duduk atas penimbang. Hehehe. Haikal sekarang makin lasak. Dah xleh berenggang ngan saya. Kalo dia x tdo jgn harap saya dpt buat kje rumah dan bersenang lenang. Sbb itulah rumah saya sekarang umpama kapal pecah. Wakaka!


Tgk la kalo tak kontrol itulah kerjanya...



Abis tayar2 tuh nak dicabutnya. Pastu masuk mulut.



Inilah tempat kesukaannya.



Mcm dlm penjara. Selagi papa tak balik jgn harap mama bg kuar. Hahaha!


Jgn cuba merayu. Mama seorang yang garang.Huhu.....



Yeah...duduk diam2 dlm tuh. Jgn cuba nk kuar...



Mama kepoyoan cuba beraksi gak. Ahaksss..



...Bila mama menulis diari pada...4/8/2009
Labels: 9 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...