mek da ©™

Dear diary, Puding Roti Sos Kastard... my all time favourite. Ini bukan pertama kali buat, dah banyak kali sebenarnya. Hihihi... Jom semak resepi:-


Bahan-bahan Puding Roti:-

  • 8 keping roti
  • 1 tin susu cair*
  • 4 sudu besar gula kastor*
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan
  • 2 biji telur*
  • 1 sudu teh esen vanila*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 2 sudu besar kismis


Bahan-bahan sos kastard:-

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula kastor


Cara-caranya:-


Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.

Gaul rata/blend bahan bertanda * dan tuang ke atas roti yang disusun tadi.

Biarkan sebentar agar roti terendam sepenuhnya.



Taburkan kismis di atas adunan.

Masukkan butter yang telah dicairkan.

Bakar/kukus selama 30 minit atau sehingga masak.



Cara membuat sos kastard:-

Campurkan semua bahan (susu cair, tepung kastard & gula kastor) dan didihkan dengan api perlahan. 

Bila bahan-bahan tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, anda boleh tutup api. Dah siap!



Siram kasi meleleh... emmm sedapnya.. 


Dimakan bersama sos coklat pun sedap jugak. Anak-anak pasti sukakannya! Cubalah..

Labels: ,
1 Response
  1. norsadira Says:

    Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com