mek da ©™
Dear diary, mee celup golok kok lanas... tempat mkn yg sedang viral di sosial media sekarang. Di mana kalau bukan di bumi kelantanku.. hehe syurga makanan yeah. Kebetulan balik kampung pada raya haji yang lalu... boleh lah singgah di kedai ni. Huuu... memang ramai giler pengunjung! Tak menang tangan tokey kedai hihi. Kitorang cool je menunggu giliran oder.. haa sape suh datang kan.. kuatkan mental ye kakaka....! Sib baik aritu pegi dengan siblings.. tak bawak anak-anak. Huh kejam punya ibu hehe.. spent time with siblings.. katanya :) 

Ape yang best kat sini ek? Special.... air teh tarik madu beng hijau! Kalo belum cuba meh datang sini try test kikiki.. tak cukup minum kat situ, mek tapau lagi. Ahhh.. memang craving jap. Mee celup dia... mmg kuah meletop, cukup rasa. Harga berdasarkan lauk yang dipilih. Cuba la! 

Bagi uolss yang teringin nak berkunjung ke sini... meh sini mek bagitau lokasinya. Selepas traffic light KFC kok lanas/kolej komuniti/kemubu, u -turn di traffic light petronas, selepas balai polis kok lanas, yeee... di situlah kedai mee celup golok kok lanas terletak. Tepi jalan je... tak susah nak cari. Huhu

"HANYA DI KELATE"

Labels: ,
Reactions: 
2 Responses
  1. Assalamualaikum Mek Da,

    Aduhai terliur tengok mee celup tu.. Macam mee kolok Sarawak kot. Kuah sup daging kan Mek Da.. Apa pun teh hijau beng nampak mengancam.. Harusku bookmark entry Mek Da ni..

    Thanks for sharing..


  2. kedai tu ade x ari cuti? ujung minggu bukok dop?