Dear diary,
Restoran Kak Yan Nasi Campur agak famous di Langkawi nih. Memandangkan ramai yang rekemen kata lunch kat sini best so projek jjcm langkawi diteruskan dengan berkunjung ke restoran tular ini.
Restoran ni terletak di Jalan Ulu Melaka, Kg Padang Gaong. Besar kedainya dan memang ramai pengunjung! Yang silapnya kitorang ke sini selepas lunch hour. Dalam kol 2 gitu. So, kemeriahan lauk-pauk yang sering diperkatakan tu tak dapat la nak nengoknyaaa.. huhu tak pe la janji ada lagi lauk! Pengunjung pun masih ramai. Meriah!
Ikan bakar ada lagi.......... budu, tempoyak, cencaluk, sambal kicap... ulam-ulaman semua ada. Tak yah susah-susah nak cari budu kat Langkawi ni haaa!
Terdapat pelbagai jenis kerabu dan menu masakan kampung nya memang A. Patut la ramai review kata best. Dessert dan pelbagai kuih-muih juga tidak ketinggalan.. yummehhhh :P
Kenyang perut senang hati!
must visit when u in Langkawi
recommended!
Bersambung......................
Till then, mekda