Dear diary,
Balik dari Batu Pahat aritu singgah JPO kejap. Dah lama wei tak datang sini. Last tahun 2017 ke 2018 kalo tak silap. Masih lagi ramai pengunjung walaupun di musim PKP ni.
Posing-posing je la mampu haha.
Nak masuk satu-satu butik kena beratur panjang almaklum limit customer untuk satu-satu masa. Jenuh nak menunggu.
Ehh menyempat ye pok cik
muka tak rela untuk berposing
jalan-jalan cuci mata
Nak beli kasut kat vincci tapi semua size i tak dee...huhhh
Mampu tangkap jam murah je hahhahhahaaaaaaa
kbai :P
Till then,
@mek_cda
Dear diary,
Brand nasi lemak paling tersohor di Johor. Tak perlu diheboh lagi kerana semua rakyat Johor dah tahu kehebatan Nasi Lemak Wak Kentut ni hehe.
Yang famous sejak dulu adalah Warung Nasi Lemak Wak Kentut dekat KTM Kulai. Now kat JB pun dah ada ok. Nak jalan ke Kulai jauh sangat kan so moh ler kita ke Restoran Ajak Nasi Lemak Wak Kentut, lokasi di Bukit Mutiara JB.
Kekuatan Nasi Lemak Wak Kentut ni i rasa terletak pada ayam gorengnya. For me, sambal dia so so je. Sorry i hanya review tapi ikhlas cakap licin i makan nasi lemak ni malam tu. Alhamdulillah, kenyang.
Teh ais kat sini Padu!!!
Untuk info, antara lokasi lain Ajak Nasi Lemak Wak Kentut selain di Bukit Mutiara :-
Kempas
Kluang
Kota Masai
Antara restoran wajib you all kena kunjungi jika bertandang ke Johor!
i review ikhlas :)
Till then,
@mek_cda
Address: 27, Jalan Bukit Mutiara 15, Taman Bukit Mutiara, 81100 Johor Bahru, Johor
Dear diary,
Roti Canai Sarang Burung Viral kini di Johor bharu gaisss!
Wah wah wah.............. kredit gambo di atas pada tuan kedai. Yusz Dapoq Campoq berlokasi di Jalan Datin Halimah (berhadapan Petron).
Memandangkan dah lama tak pekena roti canai mohler kita makan roti canai yang special sikit hihi.
Ada roti sarang burung jantan, ada yang betina, i pilih yang special edition kikiki
Nampak takkk hihi....
i jenis yang tak berapa gemar makan telur cair-cair so kita top up taburan daging dan cheese mozzarella di dalamnya...perghhh padu. Rasa macam makan murtabak cheese je... kenyang sampai petang. Sumpah, tengahari i tak jamah nasi pom ececehhhh.
Telur 2 biji tetap ada cuma terselindung dibalik taburan daging. Tu sebab yang kenyang sampai petang haha.
Nak cuba roger-roger la sini. Letssss!
i review ikhlas :)
Till then,
@mek_cda
Dear diary,
Dah lama tak makan-makan dekat Mek Singgang ni. Kedai favourite dulu-dulu. Dulunya kedai ni bertapak di Kg Melayu Majidee. Sekarang sudah berpindah ke Dataran Larkin. Dah lama juga la pindah.
Kalo dulu i suka makan nasi kak wok kat sini. Sambal belacan dia padu weiiii.... teh ais memang mantullll. huh. i kalo datang sini wajib order teh ais. Eh lupa snap gambo air hikhik.
Ini kali kita order masakan panas huhu.
Bismillah..
Till then,
@mek_cda
Address: Jalan Dataran Larkin 6, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Dear diary,
Bola Bola Chicken Chop Branch Adda Heights. Bertemakan bola sepak nampaknya ye?!
Try chicken grill kat sini.
i order air paling mahal, sky juice ahaksss
Alhamdulillah.........
Till then, @mek_cda
Address: Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Dear diary,
Masa PKP ni lah i baru perasan yang Ayer Hitam ada tempat membeli-belah lagi best dari tempat yang biasa pegi. Bazar Arena Warna. You all pernah dengar tak? Location di bandar baru Ayer Hitam berhampiran stesen bas dan teksi.
I cadangkan kalo korang nak beli kerepek ke apa ke datang lah ke sini. Support sikit kaum bumiputera berniaga. Katanya tempat ni baru je dibuka tahun lepas ke bila ekk.. i pun tak pasti sebabnya i sendiripun baru perasan hahahahhaa. Rasanya hujung tahun lepas kot start famous, pastu PKP pulak lepas tu.
I perasan kat sini ramai orang melayu berniaga. Tak de orang Pakistan yang selalu jual karpet tu. Tapi kat bazar ni pilihan karpet tak banyak. Yang banyak kalo nak beli makanan, cenderahati dan pakaian.
Terdapat juga art wall yang cantik-cantik kat sini. So boleh mak ko ni posing hakhak.
Taraaaa ni lah tujuan utama datang Batu Pahat. Pergi memborong kerepek pisang salai bandung huhhhh... craving
Katanya memang didatangkan khas dari kilang di Indon
Macam-macam hadoooo
Muka sedih nak mainan tak dilayan hakhak
Sementara tunggu mak cik packing kerepek
Ada 2 jenis pisang, dua-dua sedap i suka gilssss
makan-makan dulu
Asam pedas kepala ikan yummehhh
posing jangan tak posing
kat sini pun ada medan selera............ macam-macam menu ada ok
Batu Pahat... whats good???!
Tenkiu dalin bawa i beli kerepek hahahhahah
Borong kerepek pisang salai :P
Mak cik kerepek bagi free 3 jenis jajan lain. TQ mak cik! lupa plak nama kedai dan no berapa.
So, letssss!
Till then,
@mek_cda
Address: Jln Bandar Baru, Pusat Bandar Baru Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor