Alhamdulillah 26.11 yang lalu genap 12 tahun umur anak sulungku Wan Adam Haikal Bin Wan Zamri. Semoga abang membesar dengan sihat, jadi anak yang baik... Insya Allah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah Aamin!
Lately bercinta betul nak update diary berhabuk nih hehe. Tak tau hilang ke mana moodnya. Macam biasa tak tau nak start dari mana hoho. Ok apa yang boleh i katakan lately i banyak order food delivery. Jarang sikit makan kat luar. Masak tu selalu cuma malas nak update kat sini. Tunggu la mood datang ye.
Sebenarnya nak cerita ni... dalam bulan lepas i agak ketagih dengan ayam geprek atau seangkatan dengannya iaitu ayam gepuk dan ayam penyet. Hahaha.
I try order ayam geprek from Universal Sambal. Allahhh... sedap weiii
Tak rugi beli.... ayam besar, rempah sedap, sambal powerrrr!
i order ayam geprek sambal brown sugar sebab tak nak la yang pedas sangat
Korang yang berada kat JB boleh call no ni untuk tempahan. Order melalui Grabfood atau Foodpanda pun ONZ!
Antara pilihan menu yummehh
Overall, puas hati dengan ayam geprek kat sini. Sedappppppppp mantul oi.
Till then,
@mek_cda
Ayam Geprek Universal Sambal
Dine-in·
Takeaway·
Delivery
Address: Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor
Pertama kali merasai asam pedas kat sini. Patut la menjadi bualan, memang sedap betul. Pekat likat, kuah terasa, ikan tak hanyir, tak pedas sangat. Cukup rasa lah orang kata. Boleh repeat lagi.
Pilihan menu.. bukan asam pedas je, macam-macam lauk hadooo
Kami order ni, sotong celup tepung yang kami pesan tak de, so tak pe lah. Ni pun dah cukup kenyang. Alhamdulillah.
Nak sampai ke sini berliku jugak jalannya. Melewati kebun kelapa sawit. Uihh kalo datang malam seram jugak hahahhhaaa... dengan hujan lagi hehe.
Sambil merenung view yang cun mata memandang. Hujan, so tak dapat nak berOOTido sangat kahkah
Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kampung Sungai Melayu
Cuba jangan tak cuba...
Till then,
@mek_cda
Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kampung Sungai Melayu
Gerai cendol legend di Taman Suria Johor Bahru. I rasa macam dah lama gerai ni bertapak. Sejak mula-mula i berhijrah ke JB gerai ni memang dah wujud. Dulu i suka tapau nasi bungkus kat sini. hehe
Cendate with husband. Aummm heee
Cendol tapai ubi for me
Till then,
@mek_cda
Sofie Cendol
Dine-in·
Takeaway·
Delivery
Address: 33, Jalan Suria 12, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor
I memang dah jatuh hati dengan pizza sentuhan negara timur tengah, pizza dari restoran arabian. Lagi sedap dari biasa weyyyy... tak tau la macam kemaruk pulak hahaha!
Order by Grabfood from Zaituna Restaurant, salah satu restoran arabian yang agak dikenali jugak lah di bandar Johor Bahru ni.
Yummehhh, tak kedekut cheese, harga pun jauh lebih murah. Lagi berbaloi, puas makan.
Pilihan pizza yang ada.
Till then,
@mek_cda
Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Dine-in·
Takeaway·
Delivery
Address: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor