mek da ©™




Dear diary,

Story cuti-cuti merdeka kami diteruskan dengan memulakan perjalanan ke Melaka setelah selesai bersarapan di Restoran Kari Kambing 40 hari. Alhamdulillah cuaca aritu agak baik, perjalanan pun lancar. Kami sampai di bandaraya Melaka lebih kurang jam 10 lebih pagi.


Plan pertama kami adalah menuju ke Hotel Seri Costa untuk bertemu dengan Mok Su (adik bongsu) dan my cousin yang mana menginap di hotel yang sama tanpa dirancang hehe.




opsss...



Ok dah sampai hotel. Lokasi hotel ni sangat strategik sebabnya korang boleh jalan kaki je untuk ke area hot spot bandar melaka seperti menara taming sari, restoran-restoran asam pedas yang famous, pusat membeli segala macam buah tangan, jonker walk, uptown, A famosa, River cruise... pendek kata memang kena cari staycation area 'Plaza Mahkota' kalo nak bermalam kat Melaka nih. Nanti korang senang, tak payah bawa kuar kete dengan keadaan jem.. lebih-lebih lagi ketika cuti public holiday nih. Yang penting korang kena rajin jalan kaki kikiki.


Menunggu mereka di lobi. Yang sorang tgh bersiap-siap lepas mandi, yang sorang baru selesai meeting.


Taraaa... dah jumpa pun si mek lona nihh.. my anak sepupu yang agak rapat sejak kecil. Dapat jumpa kejap pun jadilah. Tak boleh nak food hunting dengan dia sebab dia dengan kawan-kawan sekerja nak teruskan perjalanan balik dah after keje selesai hehe. 


Simpan lah cerita kita bertemu di Melaka sebagai kenangan ye


Tunggu Mok Su tak turun-turun kita posing berdua lah yee..


Last-last kita berdua je selpiah... tak turun-turun juga adik aku ni haha.   


Ok dah jumpa Mok Su tapi baru perasan tak berswafoto pun dengannya masa kat hotel hihi. Masa tu my cousin dah berlalu meninggalkan kami sebab officemate dia dah lama menunggu. Then, kami terus gerak dengan berjalan kaki ke....................

Bersambung hehehe:P

Till then,
@mek_cda


Hotel Seri Costa

3-star hotel
AddressJalan Pm 8, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

 


Dear diary,

Kisah cuti-cuti merdeka baru-baru ini. Last minute plan, Encik Suami ajak ke Melaka. Punya lah kelam-kabut booking hotel haha. Sehari sebelum gerak mana lah nak dapat book hotel yang diidam-idamkan, main booking je la mana ada yang kosong. Semua hotel yang best, yang pernah masuk dalam list semuanya full.. aduhai encik suami selalu macam ni.. tak nak plan awal-awal haha.

Asalnya nak JJCM minum-minum kopi di Kluang je benonya... musim-musim public holiday ni ke Melaka tengok lah nanti kesesakkannya macam mana kahkahkah! Well, i selalu cakap Melaka Darul Jem, tapi i suka Melaka. Rindu sokmo!

Ok kami gerak pagi-pagi pada 30 Ogos 2020 lebih kurang jam 7 lebih gitulah. Kami singgah breakfast tempat wajib kalo menghala ke Melaka, apa lagi kari kambing 40 hari lah.


Rasanya dah banyak kali review pasal kari kambing 40 hari  ni, so tak payah review lagi hehehe.


Jangan risau kawalan pematuhan SOP terjaga di sini, owner memang pantau betul-betul k. So, kita jaga kita heee :P


Order nasi kari kambing campur ayam



Wajib order, roti canai cicah kari kambing mbekkkkkkk


Alhamdulillah, perut dah kenyang hikhik


Moh ler kita gerak ke Melaka




Aaajommmm


First destination kami akan mencari Mok su (my adik bongsu) yang sedang berholiday dengan husbandnya di Melaka. Plan kami juga akan menterjah my cousin yang sedang meeting kerja/outstation sambil food hunter di sana. Tak sangka diorang ni terBook hotel yang sama! Jom gerak luhhh :)

Bersambung.......................

Till then,
@mek_cda

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary,

Port makan best di JB. Abang Ameen Grill berlokasi di Medan Selera D27 Jalan Merdeka Kg. Melayu Majidee.

Terdapat pelbagai menu menarik antaranya Beef Steak Burger macam yang Kak Mek order ni. Lain-lain seperti Brisket beef burger, Zigzag chicken burger, ABC Smoothy, Nasi Lemak Ayam Crispy, Nasi Lemak Siakap dan yang paling special kat sini ialah Zombie Burger Beef & Chicken. 

Terdapat juga menu chinese food antaranya Kam Heong, Salted egg, dry chili dan butter creamy.

Bunyi cam sedap je semua tu kan!


Ternyata memang sedap!


Credit gambar haikal ni amik kat FB: Abang Ameen Grill
Tuan chef sendiri yang snap hihihi


Recommended, Insya Allah akan repeat!



Roti canai kari kambing ni order kat gerai sebelah hehehe

Till then, @mek_cda



 

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Just share. Record life, share happiness. Vlog JJCM sambil anak-anak mandi pool di Tanjung Sedili. 

Simpan untuk kenangan :)

Till then, @mek_cda


Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary,

Port makan baru di Johor Bharu gaisss! Warung Calories formerly known as Jingga Lepakafe. Now cafe ni sudah berpindah ke lokasi baru di Jalan Surau Stulang, JB.

Jom tambah kalori di Warung Calories hihihi :P

Terdapat pelbagai pilihan menu... nak makan western ada, goreng-goreng ada... tapi more to western lah. For me,  dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, korang boleh makan menu yang ala-ala cafe hipster yang mahal-mahal tuuu.. tapi kat cafe ni menawarkan dengan harga warung je.. haaa gitchuuu! Yang penting setiap portion makanan sangat banyak dan sedap.......


Macam-macam hadooo... macam nak try semua haha. 


Pilihan Char kuey teow pun hadoooo


Paling best hot latte ni.. buat i tak tido malam hahahahaaaaa. Banyak jugak pilihan coffee kat sini. Not bad! RM6 je rege kopi ni


Roti cheese meleleh ni makan dengan kopi uoollsss. Satu set RM10
Banyakkk... blh mkn ramai-ramai sambil membawang kikiki


Chicken grill ni baru harga RM9
Ayam besorrr wehhh... blh mkn 2 org hiksss


Yummehhh


Nak celebrate birthday pun boleh, ada jual kek slice hikhik


Ini yang tinggal ari tu.. may be byk lg pilihan


Favouriteeee



 

Memandangkan cafe baru berpindah ke lokasi baru, kelihatan cafe sedang dalam proses renovate. 

                                           amboii dikkk......................


So, mohler singgah sini. Konfem terpikat haha.

Till then, @mek_cda


 Warung Calories 
   Cafe
  •  Dine-in
Address45, Jalan Surau, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru, Johor
Hours
Closed ⋅ Opens 6PM Tue

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary,

Koranggg... nih la tempat makan dekat Tanjung Sedili yang Kak mek nak share tuuu... Celop-celop 5A. 
Huhh... mmg tgh tular sekarang ni. Korang yang berada di Johor dan rindukan suasana makan-makan seafood celup tepung di tepian pantai Terengganu boleh la berkunjung ke sini.. terubat lah sikit rindu kat kampung tu hehe. Kedai ni berlokasi di Sedili Besar, Kota Tinggi.


Memandangkan sedang tular, korang kena gigih sikit la tunggu turn ye.. amik nombor. Bukan gigih sikit tapi gigih banyak haha. Better call kedai dulu before gerak ke sini. Ye lah dah masuk ke pelusuk kampung ni dah la jauh, kang tak dapat makan memang meroyan lah hehe. 

Kalo terus terjah macam Kak mek memanglah ber huhu :P


Antara pilihan seafood celup tepung di sini:-

Ikan celup tepung
Sotong celup tepung
Udang celup tepung
Ketam celup tepung 
Cendawan celup tepung

Lain-lain, pisang goreng dan aneka masakan gorengan.
Maggi Telur Sotong, Maggi Seafood & Mee Rebus

Syiokkk layan menu gorengan by the seaaaa..yeahh

Till then,
@mek_cda




Celop Celop 5A

AddressTepian kuala sedili besar, 81910 Kota Tinggi, Johor
Hours
Closed ⋅ Opens 2PM
A user suggested these hours
Mon Closed
Tue-Thu 1–7:30pm
Fri-Sun 12–8pm



 

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Korangggg... dengar cerita Tanjung Sedili yang terletak di daerah Kota Tinggi Johor tengah 'in' sekarang. I mean ramai ke sana sebab nak menikmati hidangan celup tepung (ICT) ala-ala Terengganu tu. Gigih dari JB masuk ke pelusuk kampung semata-mata nak mencari kedai-kedai viral nih. Kih kih...

 


Ok yg benonya Kak mek nak share tempat mandi kolam yang menarik di Tanjung Sedili. Tak sure nama penuh untuk tempat ni, cuma yang Kak mek tahu kolam mandi ni terletak sekali dengan Penginapan Sedili. Kiranya ada homestay juga di sini. Korang boleh menginap juga lah ye.


Apa yang best kat sini, bagi Kak mek lah.. air kolam bersih, tandas pun bersih. Cukup selesa.



Kolam mandi sedili, kolam baby shark


Nampak tak homestay kat belakang sana tu, sambil berFamily day, korang juga boleh mandi pool


Di sini juga ada gerai jualan

Ada tempat makan disediakan. Korang juga boleh membawa makanan dari luar. So boleh la picnic tepi kolam ye.


Syiok main air



Budak hantu kolam


Mak pun nak posing jugekkk


happy me!


So korang... apakata bawa anak-anak mandi manda kat sini, bayaran untuk masuk RM10/seorang. Tak mandi pun kena bayar okeh... kiranya bayaran masuk lah.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai operasi kolam mandi atau penginapan sedili, boleh hubungi:

012-7042572
atau
013-7440939


Jadual harga bilik penginapan adalah seperti di bawah. Sebarang perubahan boleh terus bertanya pada owner ye. Hehe


Alamat lokasi:

PTD 6927, Kg Teluk Jeri,
Tanjung Sedili,
81910 Kota Tinggi, Johor.

Landmark: Simpang masuk ke lokasi berdekatan sekolah agama sedili & kubur


Till then,
@mek_cda




Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...