Dear diary, semenjak dua menjak ni asyik entry pasal resepi jek kan haha... layan.
KEBAB HOMEMADE/ KEBAB ROTI PITA
Bahan-bahan:-
1 paket roti pita gandum (ade 5 pcs, apabila dibelah dua dpt la 10 biji kebab )
Daging burger (4 pcs) - Dicincang halus
Timun (dipotong dadu)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit garam/perasa
Bawang putih (3 ulas) - Dipotong dadu
Bawang merah (1 biji) - Dipotong dadu
Minyak untuk menumis (Sedikit sahaja)
Sedikit air
Cara-caranya:-
1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah
2) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato
3) Masukkan daging burger, timun, garam & serbuk perasa
4) Gaul rata dan masukkan sedikit air lalu masak sehingga daging & timun lembut
5) Inti yang telah masak bolehlah diletakkan di dalam roti pita yang telah dibelah dua
6) Siap!
Sedap dan mengenyangkan!!!
#daridapurmekda