Dear diary,
Arini nak citer pasal cara-cara nak buat Agar-agar Santan Gula Melaka.
Haa gituu... sedap dimakan di bulan Ramadan kehkeh :p
Bahan-bahan :
- 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
- 1 liter air (4 cawan)
- 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
- Sedikit gula pasir sekiranya perlu
- 200-250 ml santan pekat (1 cawan)
- 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:
- Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
- Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
- Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
- Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
- Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan lagi sedap di makan ketika sejuk sebenarnya kan hihi...
Till then, mekda.