mek da ©™
dear diary.. kisah aidiladha. huhhh memang puas hati tol raya aji tahun ni  almaklum lah dpt balik kampung dan bercuti tak ingat dunia. auww bestnya. hikhik. sape lg kat opis yang paling lama cuti kalo tak mek nih. 9 hari bercuti puassss. heeeee.. Alhamdulillah raya aji tahun nih plan nak buat majlis akikah utk zara. dah selesai semuanya. majlis diadakan pada hari raya kedua. raya pertama tak pakai baju raya pun. haha. pagi raya kat umah mak mertua. pakai jubah lama. tema hancur. haaaaaa..petang baru gerak balik umah family mek. prepare ape yg patut sbb raya kedua nak buat majlis akikah. ekceli tak byk keje sbb lauk & nasi tempah suh catering buat. kambing sembelih petang raya pertama then hantar catering pasir pekan (dikenali sbg catering haji halim) buat. senang keje haaaa.. pastu beli ayam 6 ekor tambah2 buat ayam sambal. beli tulang & daging buat singgang. kambing suh catering masak kerutub/masak briani. ade acar & sambal yg mabelesss.. nasi minyak. tapi ma mek masak nasi putih buat tambah2. ikan kering tak dilupakan penambah selera tuu.. air 2 jenis anggur & stoberi hikhik. buat agar2 sirap & bubur kacang hijau sbg pencuci mulut. mak mertua plak sponser tapai pulut heee. petang sikit tambah masak ikan taucu & ayam grg huhuuu...

ekeceli majlis nih just jemput sedara terdekat je..pastu ade la jemput sorang dua member hee..

 konon2 tema purple.. with my mum

 nasi minyak catering haji halim. huh sambal dia sedap gilerrr...


 goodies beg utk tetamu.. pink purple :)

 zara yg merengek ari tu... kepanasan agaknya..





 my best friend sejak sekolah rendah, dyra...

 thanks for coming beb..

 with kawan adik aku, ifa..
 kambing masak kerutub..sedapppp...

tapai mak mertua, manis leting...


heee..lps nih br citer ape jadi pada raya pertama. citer psl raya kedua dulu aci tak? haaaaaaa :)
Labels:
Reactions: 
1 Response
  1. mama lieyna Says:

    Waaah meriahnye menu...terangkat semua..:-)
    Alhamdulillah selesai ye mek da.. lega...

    Dh nk masuk setahun la izara..