mek da ©™

Dear diary, balik kampung hari tu berhorey-horey sebab incik suami ikut laluan pantai masa on the way balik JB. Maka menyinggahlah kami makan-makan kat area Pantai Penarik Setiu. Breakfast kat Kedai Celup Tepung Cikgu. Menu viral pastinya Udang Celup Tepung! 


Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai makan sederet dengan kedai Celup Tepung Cikgu ni. Rambang mata nak pilih oiii. Ok tak pe kita try satu-satu kedai hahaha.. balik lain kali kita try kedai lain pulak. Yang tak bestnya bukan selalu incik suami nak ikut laluan pantai ni hehehe.... aritu dapat singgah-singgah sini rasa segar semacam kahkah... kena angin pantai kennn love sgttttt aummm :)


Udang yg viral tu RM 10 didatangkan dgn 25-45 ekor udang. Ikut size la kot kan. Udang besar seperti di atas RM8 seekor. Sotong RM15 Seekor. Ikan celup tepung harga seperti di bawah.


Kami tak amik ikan.. lain kali try


udang ni RM8 seekor.


Memandangkan baru jam 11 pagi... belum ramai pengunjung lagi pun time ni hari bekerja hehe


Wow ada air free rupanya.. bagusnyaaa... tapi nak jugak oder teh ais hikhik


So ini yg kami makan... try udang yg kecik2 viral tu lah.. rasanya tak sampai 45 ekor kott.. dlm 25-30 je ni...sotong seekor & 3 pinggan bihun goreng.


Allahuu.. sedapnya tepung pada udang ni. Rangup gilerr.. lemak-lemak gitu... sedap pulak lahaiii... kupikir tak best sangat sbb nampak udang ni kecik tapi bestttttt. Sos pun sedap. Bihun pun sedap hahahhahahahaha!


Tak puas makan mcm tak nak balik tp bila pikir jauh lagi perjalanan ke JB terus insofff kahkah.


Pada ketika ini tengah rindu-rindu pada keindahan Pantai Penarik. Cewahhhhh!! Satu tarikan di Kedai Celup Tepung Cikgu ni, ada buaian acah-acah kat Lombok gitu kahkah. Indahnya.....

Lagi gambar main buai in next entry yahhh! 


CELUP TEPUNG CIKGU
Kampung Penarek Bandar Permaisuri
Kuala Terengganu
Tel: 010-9029356

Facebook:


"BEAUTIFUL TERENGGANU"

Till then, mekda.

Labels: , , , ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...