mek da ©™

Dear diary... emmmm bagi mereka yang berada di sekitar Jb yg teringin nak makan nasi ulam-ulaman berserta budu dan ikan singgang yang sangat power boleh la berkunjung ke restoran mek singgang ni. Restoran ni terletak di jalan hujung trafik light kg melayu majidee johor bahru. Tempat ni adalah salah satu port anak klate dan terengganu yang berada di sekitar Jb. Masakan panas kat sini pun terbaik.. tomyam sedap... kerabu mangga yang ummhhppp best giler hehe.. cuba jangan tak cuba hikhik..!!!

Labels: 1 comments |
mek da ©™

Dear diary.... Alhamdulillah blk kg aritu mek sempat pekena lunch kat Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kampung kraftangan Jalan Hilir Kota, Kota Bharu Kelantan. Bagi mereka yg berkunjung ke Kelantan wajib datang sini tau... pekena lauk2 kg seperti sayur lemak putih, singgang, patin tempoyak, ikan bakar, ulam-ulaman dan budu!! Mmg terangkat la weiii... hihi... rugi tak cuba tau... harga pun murah.. berbaloi makan2 bersama keluarga. Waktu perniagaan ialah dari jam 11 pagi hingga 5 petang.. Hari jumaat tutup. Sememangnya nama restoran ni memang gah dalam peta pelancongan kelantan... orang kata bertaraf ' must visit' gitu.. hikhik.. restoran ni juga telah membuka cawangan di Pengkalan Chepa & RTC Kota Bharu.. jom singgah!!!!!

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary... Stesen Ikan Bakar JB  (Asam Pedas Kepala Ikan) ... bagi mereka yang nak mecuba kelainan rasa ikan bakar bolehkan datang ke sini ye..berdekatan simpang nak masuk ke kg melayu majidee, area larkin jaya. 


Claypot asam pedas yg meletop.. sedap tak rugi mencubanya hehe... 


ini yang paling best... coconut shake yg sgt power!! harga pun ok


mcm2 ikan ade. tp mek oder ikan ni je hahahahhahahahhha... fav ikan nih kihkih selain ikan pari. Asam pedas tu ikan pari daaa... huhu

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary... haha mood rajin nak mengapdet datang. Macam2 mek apdet lah ye. Nak clearkan stok gambo kat henpon yang berlaambak-lambak tuuuu.. heeee

Alkisahnya masa santai2 tepi pantai melawi aritu... kitorang adik beradik sepakat la celebrate birthday ma & abah sekali. bufday ma 12 mei.. birthday abah 30 jun. Ma dan abah seusia 52 tahun... kiranya kitorang celebrate in advance larrr.. pulak tu kite sambut la jugak hari ibu dan hari bapa sekali. senang kan..... 4 in 1 hahahaha...





Ya ALLAH ko panjangkan lah usia ma dan abahku. Semoga diberi kesejahteraan, kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. AMEEN YRA.
mek da ©™

Dear diary... amboi kemain ko mek topic entry dalam BI gitu. kikikiki... 
Em balik kampung aritu sempat la gathering bersama family lepak2 amik angin tepi pantai sambil berBBQ.
Sebenarnya plan asal nak bermalam kat chalet. Survey punya survey semua tempat full. Kitorang plan nak stay kat Tok Aman Bali atau Sudara Beach Resort. FULL!! mmg silap kitorang tak book awal-awal. Tak boleh nak buat ape la!! hikss... lain kali aje la ye.. so ber BBQ la kite di persisiran Pantai Melawi Bachok ni je hehe..


haaa.. jangan ingat pantai di Kelantan ni tak cantik ye.. tengok ni.. lawa la jugak pemandangan ni hihihi.....


posing itu harus!!


yehaaaaa.. the sisters


ehemmm..mek zara tak berenti main pasir


huhuhu.......


amannya..mendamaikan.. time ni orang lom ramai.. maklum la pagi lagi


bila dah petang amik ko... crowded tempat ni


dah gian sangat nak melompat hahahhahahhahahhahhahahaha


jom makan2 bakar2



happynya ma dan abah mek.. santai tepi laut sambil dengar radio klasik fm hahhaha


taraaaaaaaaa...





si haikal main bola tak hinggat mak makan!!!


cantik tak??? edit la sikit2 kasi kebabooommmmm kahkahkah.

Enjoy this day 1st May 2015

mek da ©™

Dear diary, kesinambungan daripada entri sambutan harijadi bersama BFF mek da. Nih mek nak review sikit pasal Puncak Mutiara Cafe di mana cafe nih terletak di area Tesco Kota Bharu. Ok la tempat ni.. signature dish kat sini ialah nasi briani dan western food.

Malam tu antara yg kami order ialah bukan nasi briani tau tapi.. roti arab gulai ayam kampung, roti benggali sup kambing, fish and chip, satay ayam dan daging. Minuman pula laici kang, honey lemon & jus buah. Harga boleh tahan jugak tapi berbaloi.. hehe.


selit sikit sambungan entri sambutan birthday bersama Bff, hadiah daripada Zura, nutella brownies yg sgt2 sedap. TQ!!


gift dari Zura & Dyra. 


Momento 30 April 2015


"the menu"


antara yang kami order.. makan sambil bersantai mmg syiokkkkk!!!





sampai berjumpa lagi dear Bff!!!

mek da ©™


Dear diary, 30 April 2015 momento terindah dicipta bersama Bff apabila kitorang yang dah lama xbersua dapat celebrate birthday ke 33 bersama-sama.

Zura, Dyra & Sue... best sangat jumpa korang malam tu. Akhirnya menjadi jugak plan kita! Mini Gathering geng2 BFF zaman sekolah menengah. Geng 5 Sains Kejuruteraan, SMK Mahmud Mahyiddin 1999.

Kitorang sepakat lepaking di Puncak Mutiara Cafe Kota Bharu berdekatan dengan Tesco Kota Bharu. Dekat je ngan umah... jimat masa heeee.. Nasib mek balik kampung time cuti hari pekerja aritu.. kalo tak susah jgk nak gather2 nih. huhu


Dyra, my bff sejak zaman sekolah rendah lagi. Sue jugak sahabat sejak sekolah rendah cuma Zura je kitorang kenal masa sekolah menengah. Alhamdulillah, persahabatan kekal hingga ke akhir ini.


Yang bestnya birthday kitorang masing2 jatuh pada bulan APRIL thats why mcm best je celebrate sama-sama. Cuma Dyra je birthday bulan February. Thanks juga pada Dyra sbb sponser kek birthday bertemakan HELLO KITTY yang sangat2 comel kiut miut gitu!! Ye, memang mek peminat no 1 hello kitty hehe.


Kebetulan pada tarikh 30 April ialah birthday Zura, so kemain semangat lah ye potong kek hehe.




Paling best pada hari tu kitorang bertukar-tukar hadiah.  So sweet!! haha







Sue dapat hadiah daripada mek. hikhik. Harap Sue ok dengan hadiah yang tak seberapa itu!!




Ehem-ehem, birthday girl :)




Rasanya pada mlm tu meja kitorang yang paling kecoh..bergambar dan posing tak berhenti-henti. Hahaha layankan. Kesian adik waitress kena jd camerawoman kami. TQ dik hahahaaa..










KORANG!!!!! harap2 dapat gathering dan sambut birthday macam ni lagi ye di tahun hadapan. Insya Allah. Next plan... holiday with BFF. perghhhh......... bilakah? jeng jeng jeng plan dan terus plan sampai sukses kikikikiki :)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ALL AND ME TOO. hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...