Dear diary,
Kenangan dan pengalaman yang pasti tidak
akan dilupakan bagi budak lelaki seperti Haikal. Bersunat!!
Pada 1/12/2016, Haikal dah selamat
bersunat/berkhatan/masuk jawi di Klinik Suria, Taman Putera Johor. Doktor yang
menjalankan tugas ini ialah Dr Abdul Kadir Jailani Bin Duseh. Doktor ni memang
doktor favourite kalo bab-bab sunat & khatan nih kihkihkih. Ramai parent
memilih Klinik Suria untuk menghantar anak bersunat. Kaedah yang digunakan di
klinik ni ialah Kaedah IsmailClamp. Nampaknya dah jadi anak bujang ye
Haikal.
Pada hari
tersebut pagi-pagi lagi kami ke klinik sebagaimana waktu yang dijanjikan. Huihh
pagi-pagi pun dah ramai yang menunggu turn. Ramai yang nak berkhatan hari
tu...kihkih. Menunggu dengan sabar.........
Si adik layan mainan-mainan yang
disediakan khas untuk kanak-kanak bermain di satu sudut klinik.
Haikal pun sama melayan mainan umpama
tiada apa yang akan berlaku jap agi..macam tak takut je sunat hehe...lom rasa
lagi tu...kihkih. Alaa lagipun kami dah ceramah panjang-panjang dah kat
dia...bgtau sunat tak sakit pun, macam kena gigit dengan semut
je...ececehhhh...senang je cakap...mek sendiri pun tak tau macam mana hahaha...
Ok masa dah tiba. Turn haikal kalo tak
silap yang ke 7 atau 8 time tu yang nak bersunat. Kami dipanggil masuk
kebilik doktor. Zara pun ikut sekali. Sib baik semua boleh masuk.
hahaha...Huihh ngeri jugak mek tenung alat-alat doktor tuuu.. tapi nak tengok
hahaaa...harap haikal ok..jangan nangis ye :P
Haikal disiapkan
oleh pak cik pembantu doktor. Sambil-sambil tu dia ada terangkan jugak tentang
kaedah clamp & sape pengasas dia... ISMAILCLAMP
Masa nak inject bius tu cuak jugak mek
dibuatnya. Bunyi haikal merengek macam sakit tapi sib baik tak menjerit dan
melalak. Anak bujang mek ni manja cikit kekeke...selesai bius dan bila doktor
dah ready nak jalankan sunat..makin berdebar si mek dibuatnya. Mek yang seram
oiii ... sape suh masuk tengok haha!
Haa.. dalam bape minit je may be 5-10
minit dah siap. Cepatkan... alhamdulillah selesai satu perkara. Dah selamat
bersunat. Time ni haikal tak menunjukkan sakit lagi. Kuar je dari bilik doktor
nampak ok je tu..tapi macam ade la kuar air mata sikit-sikit... kehkeh..tahan
jangan tak tahan...nanti tak macho kehkeh.
Tengah tunggu si mek amikkan ubat dan buat
pembayaran. Caj yang dikenakan RM150 termasuk ubat. Klinik akan kasi ubat
antibiotik 2 botol, ubat cuci, ubat tahan sakit & vitamin. Seminggu selepas
sunat kena datang balik bukak clamp tersebut. So hari ni la... 8/12/2016 huhu.
Genap seminggu daaaaaa...
Balik rumah layan TV & PSP. Hari pertama masa nak kencing memang
mengerikan. SAKIT! Ubat bius dah habis baru terasa sakit la nak oii..sian anak
mama. Dengan mama pun rasa nak nangis. Tak leh tengok anak merengek sakit.
Sabar ye sayang. Hari ni dah ok pun kan. Dah boleh berlari
dan pakai suar pun. Jap je sakit tu..nak besar kan kena la kuat hehe...
Seminggu berpantang mek hanya kasi makan ikan. Kejam tak... ? rasa
cuak lak nak kasi ayam. Rasa boleh kot kasi ayam.. takut gatal-gatal kat luka
tu je...
Hari pertama
berpantang, ikan selar bakar & sup sawi letak lada hitam.
Hari ketujuh
berpantang, siakap stim asam boi.
Alhamdulillah, makan pun selera. Banyakkan
makan sayur & buah-buahan.
Sebelum tu meh kite review sikit perbezaan
sunat kaedah laser dengan kaedah smart clamp.
Perbezaan sunat kaedah laser dengan kaedah
smart clamp
SUNAT KAEDAH LASER
1) Menggunakan alat Diathermy (laser rod
haba) sebagai alat utama
2) Kelebihan keedah ini adalah pendarahan
yang minima berbanding sunat biasa kerana kulit & salur darah
kecil yang dipotong
akan terus 'dibakar' dengan laser.
3) Jahitan perlu dilakukan seperti sunat
biasa untuk menyambung kulit yang telah dipotong.
4) Risiko jangkitan kuman agak rendah
berbanding sunat biasa.
SUNAT KAEDAH SMART CLAMP
1) Smart clamp adalah alat utama untuk
kaedah ini.
2) Kaedah sunat yang paling pantas dan
mudah berbanding sunat biasa dan laser.
3) Pendarahan yang sangat minima.
4) Luka tidak perlu dijahit selepas kulit
dipotong.
Ok....................till then, mekda.