Dear diary,
Cerita cuti sekolah yang lalu... bawa budak-budak mandi kolam di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor.
Wah tak sangka dalam kawasan kampung Ulu Tiram terdapat resort yang tersergam indah. Tenang je melalui kawasan kampung ni weh... best sangat! Rasa mcm balik kampung cehwahhhh.
Patutla kat sini banyak organisasi jadikan sebagai tempat berkursus dan sekolah-sekolah mengadakan pelbagai program termasuk kem kepimpinan pelajar. Memang kena sangat dengan tempatnya. Konvo-konvo sekolah dan tadika pun banyak diraikan di sini tau!
Ok berbalik pada kisah mandi kolam. Kalo korang buntu nak bawa ke mana anak jalan-jalan di hujung minggu, boleh bawa mandi pool kat sini ok. Bayaran sekali masuk untuk mandi kolam adalah sebanyak RM10 sahaja. Korang yang nak mandi je bayar.. mak mak yang jadi tukang amik gambo tak payah hikhikkk. Korang boleh ke kaunter di lobi hotel untuk membuat bayaran. Pakaian mandi rasanya tak formal sangat kat sini.Tak sure sama ada wajib pakai swimming suit ke tak.
Bersih hotel ni. Ni coffee house
Tandas
Bangunan kat sini ala-ala oberrrseaa cantik sangat
Sempat lagi posing kat lobi
Ok lets mandi
Kolam dibuka bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Cuti sekolah kolam full
Makanan dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk makan di tepi kolam.
Ada meja-meja dan kerusi disediakan untuk duduk-duduk berhampiran kolam mandi. Kalo guard xperasan boleh je bawa masuk makanan dari luar hahahhahhahah... kalo korang bawa bekal dari rumah pun ada tempat untuk makan-makan... ada juga booth jualan makanan ringan dan air kat situ.
Enjoyyyy... lama jugak main air dari jam 3 sampai 6 lebih kahkah
Sib baik cuaca redup je aritu
Ok check it out story savanna hill part 2, posing-posing dekat bangunan lawa-lawa pula.
Till then, @mek_cda