Dear diary,
Selalunya kak mek share tempat makan sana sini kan... ok kali ni kak mek nak share satu kedai makan famous sebelah office kak mek je ni hahaha. Kalo kak mek malas-malas masak lepas balik dari keje, kat sini la kerap kak mek tapau. Selalunya tapau tomyam atau sup.
Apa yang best kat sini? Of course la menu masakan thai. Tomyam dia memang power okay. Sumpah tak tipu uolss! Lemak terasa sangat pada tomyam dia... lain dari yang lain ahaksss.
Sebab tak pernah try Siakap Masak Chiangrai, maka oder lah menu ni....
Ehhh... sedap weiiiii... sekali rasa macam ikan percik. Lepas makan gigih google resepi, tapi tak jumpa-jumpa adoiii.. sape tahuu?? haha
Daging goreng bawang putih ni tak tahu nak cakap apa... lazat aihhh... meratah ajeee erkkk
Semua orang minum teh O ais hahaaaaa
Tuh diaa.. tomyam sedap creamy
Ok sila pilih
Till then, @mek_cda