mek da ©™

Dear diary, ok kite stop jap citer pasal raya ye. Sambung balik kemeriahan ramadan tahun ni haha. Al kisah tahun ni dpt balik berpuasa awal & banyak hari sikit kat kampung. So, sangat best sebab banyak tempat leh pegi sebelum menyambut syawal. Salah satu nya Kedai Colek Pohon Kekuk di Kota Bharu. Wow... emm tapi rasanya dulu penah pegi kedai ni... makan nasi dagang di siang hari. Betul-betul meriah kedai ni tak kira siang malam. Bulan puasa lagilah!!!


Rezeki kami masa pegi tu terus ada tempat duduk. Ramai jugak yang menunggu turn sebab full house.Masa nak order memang panjang la Q tapi still under controll hehe. Cuma air je yang lambat sampai time tu.... hinggakan dah abis makan baru la dapat air yang kitorang order. Sib baik tak tercekik sebab dia ada sediakan air masak so bila-bila masa boleh amik. Hahaha.... sedap pulok air batu kosong tuhhhh...sejuk molek kahkah!


Puas hati sebab banyak pilihan colek. Tradisi makan colek ni agak famous di Kelantan lagi-lagi pada bulan puasa. 


Antara pilihan colek ialah Colek campur, colek ayam, colek ketam, colek perut, colek kerang, colek buah, colek pelempong, colek sotong dan pelbagai lagi aneka colek yang sedia dinikmati. 


Ada orang cakap harga yang dikenakan kat sini agak mahal. Pada mek agak berpatutan dan tak de la mahal sangat. See, kerang sekilo kat pasar pun dah berapa sekarang nih kan?!! Hehe..... 



Rojak mee. Memang sedap.



Abaikan wajah yang tak berapa nak cun sebab syok sgt nikmati colek hahaaaaa..poyo je kan.

Kedai Colek Pohon Kekuk
Jalan Yaakobiah, Kota Bharu

Labels: , , ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...