mek da ©™



Dear diary,

Percutian singkat ke Melaka again and again! Hahaha.. peduli ape, kak mek belum puas menerokai Negeri Melaka... wahhh giturrrrr kohkoh. Yg penting dekat dgn JB ngeeeeee uhuk3.

Memang dah rancang pun nak bawa budak-budak ni mandi waterpark cuti sekolah ni benonya cuma konpius nak g water park mana satu & tunggu en suami ON. Hikhik.............

Plan asal nak g Gold Coast Melaka International Resort, tapi masa hari nk book tu dah full la pulak.. masa tu 5 hari sebelum pegi. Pilihan kedua Bayou Lagoon Park Resort  ni lah. Bila tgk review ramai yg pegi Bayou Lagoon ni lah. Harga pun murah sikit berbanding Gold Coast. Tapi sebenarnya dah lama kak mek wishlist nak g Bayou Lagoon ni.. orang dah lama pegi, kite baru terkedek-kedek hahahaha!! Janji pegi :)

Entry pertama utk bayou lagoon ni, kak mek nk review sikit tentang bilik hotel ni. Harap boleh menjadi panduan utk uolss yg rasa nk pergi sini kuikui.


Bila encik suami dah ON, Pagi-pagi terus book kat Agoda.......  bilik yg sesuai utk kami 4 beranak dah byk full jugak, yg ada cuma studio apartment with jacuzzi. Accept je la dari tak de langsung.

Kami pilih tarikh hari minggu maka rate tinggi la sikit kot... tu pun dpt jugak diskaun sbb sign in agoda kahkah :P

Bila dah dicampur 6% GST & 10% service charge, 400 hinggit jugak la satu malam. Masa tu redha sbb pikir dah masuk theme park tickets & breakfast.

Hahaha!



Memandangkan waktu check in jam 3, maka selepas lunch di kawasan berhampiran kami terus ke hotel. Dalam pukul 2 macam tu lah sampai sana.


Bayou Lagoon Park Resort , here we come!!!


Angkut semua beg, jangan tak tau kami bawa toto hokkeh... kemain wrap elok2 toto tu tengok2 orang lain main angkut mcm tu jekkkk :P hihi....

Kenapa bawa toto?

Bilik yg kami book ni, ada 2 pilihan katil sama ada:-

1) 1 queen bed
2) 2 Single bed


Jadi masa book online, kami tak tau mana satu katil yg akan kami dapat. Masa kat kaunter check in nanti baru mereka bagitau tgk pada kekosongan. Kami mmg standby by toto maklum la anak dh besar.. haikal dh cop nak tido kat sofa hahaha..........patut nya bayar mahal-mahal, ade katil queen satu & satu lg katil single. Baru sesuai utk family kecik mcm kami berempat ni.. adoiiii! Kat hotel bajet lagi selesa kot opssssss!!!! Marah ke? idok le, pendapat. Kalo boleh, bilik studio gini letak satu queen bed & satu single bed hikhik... 


*Untuk menempah tilam extra, bayaran RM70 dikenakan.



Masa nak check in, mmg ramai..... kena amik nombor macam bank kahkah. Nombor giliran kami kena tunggu lebih kurang 25 org lagi nak check in.. so mereput lah dulu ye huhu..........


Sambil-sambil tu jalan dulu sekitar kawasan ni. Ada gym, ada SPA boleh buat urutan.............. dan ada tempat mainan budak-budak ni.


Naik hantu la kejap budak-budak ni layan games.



Nombor giliran dah dipanggil........ akhirnya katil queen bad tak de, yg ada cuma 2 single bed. Tak kisah pun janji dapat tido. Katil single tu pun boleh dirapatkan giturrr kohkoh.......... 

Masa check in kena letak deposit RM 100 & kena bayar RM2 untuk Melaka Warisan. Apa itu Melaka warisan? Hakakkk pikir cukai je lah kahkah. Bila google2 ini rupanya:-

Hotel dicaj cukai warisan 5%

Seluruh hotel berstatus satu hingga enam bintang di negeri ini perlu akur dengan peraturan yang mengkehendaki semua pengusaha premis itu membayar caj warisan sebanyak 5 peratus bermula 1 September ini. © Utusan Melayu (M) Bhd 


Ok noted kahkah :P



Kami dapat bilik Tingkat 11 (Paling atas)
Blok B, Tahiti Villa
Bilik No. 13

Kipas utk bilik ni tak berfungsi tau, sib baik air cond ok.


Kak mek frust sbb tak dapat botol shampoo macam hotel bajet yg kak mek pegi sebelum ni hahahaha....... nampak sgt ko nak angkut shampoo tu bawa balik kennnnnnnn :P

Berus gigi tak disediakan.
Ubat gigi tak de.

Dah la hakakkk tertinggal berus gigi kikiki........ 

Yg ada cuma sabun seketui tu... sib baik bawa sabun mandi dari umahh baru puasssss :P


Astro ada cuma siaran yg biasa2... kalo salah betulkan k... encik suami yg kata ada astro, kak mek tak cekkkk pomm kohkoh. 


ada la sepaket dua kopi 3 in 1


Bagi kami yg keluar mkn dekat luar rasanya tak perlu peti-peti ais mcm nehhh.. better letak katil satu lg hahahhahahhaha.......... tak puas ati lg ekk ko!!!





Masa kat rumah hakakkk berangan nak berendam air panas suam-suam dalam jakuzi niii.. tapi malangnya air tak panas langsung! Mandi kesejukan giturrrr


Masuk-masuk bilik je budak2 ni dah terjun dalam jakuzi kahkah.. nampak jakun di situ :P


View dari atas tingkat 11............ tinggi oiiiii... budak-budak ni dah tak sabar nak main waterpark kat bawah. Sabar ek.

Ok bila sebut waterpark, hakakkk nk bgtau sikit ni. Mati-mati hakakk ingat bayaran bilik ni dah sekali dgn 4 tiket waterpark & 4 breakfast hahaha kemain ko.......rupanya 2 lagi kena bayar masa nk masuk waterpark. Maknanya kena byr utk tiket budak sorang RM 20 so dua org RM40. Utk tiket kami, boleh main air sampai abis waktu check out jam 12 tengahari esok. Breakfast pun sama... mmg biasa gitu pun kan breakfast utk  2 org....... so kena tambah byr utk haikal sorang je RM 18 for breakfast. Zara tak dikenakan bayaran breakfast.


Untuk yg malas nk kuar dinner kat luar hotel boleh la pilih2 room service menu ni... macam-macam hadooo.........


Harga boleh tahan jugak, biasa la tu hehe..


Ok, tu je nak review pasal hotel nih kikiki.............. jangan marah, sekadar pendapat!

Tapi satu la salute dgn hotel ni, nampak maju giturrrr... ramai tol pengunjung... meriahhhhhh!!! Staff pun ok ok........ tak de jumpa yg sombong :)

Bajet utk menyewa dan mandi manda di sini:- bilik studio with jakuzi

Bilik + 2 tiket waterpark + 2 kupon breakfast = RM 396.04
Cukai Melaka Warisan = RM 2
Tiket Waterpark utk 2 budak = RM40
Kupon breakfast utk sorang budak = RM 18
Jumlah = RM 456.04


Bersambung, sila jgn muak :)

Till then,
Mekda.



Labels: , ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...