mek da ©™

Dear diary, yayy! akhirnya check in jugak kak mek di Ikea, Tebrau ni hahaha! Memula tu plan nk pegi next year. Dah tak tahan la pulak, genap sebulan dibuka kak mek dah menapak di sini. Ikea yg terbesar di Asia tenggara ni dibuka pada 16 November yang lalu. Semalam, 16 Disember kak mek ke sini. Tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 7km. Kalo ko jalan kaki silap2 esok tak sampai lagi hahahaha.......:)

Kak mek cuba plan waktu dengan harapan tak jem & tak beratur panjang. Al maklum weekend. Agenda utama ke sini nak makan meatball lah kan.  Kahkah. Shopping no 2, boleh gitu?



Kak mek kuar rumah jam 9 pagi. Gigih ke tak? jawab la.. gigih hahaha.
Sampai je pintu masuk, ada dekat belas-belas ke 20 org dah menunggu. Sib baik kak mek bkn org first hahahahha.. maknanya diorang lagi awal kuar rumah la ek? huhu.

Lebih kurang kol 9.30 pagi pintu masuk dibuka, cina-cina dpn kak mek lari berkejaran ke Food Court di Tingkat 2. Pelik jugak kak mek, mengapa perlu lari-lari gitu? ooo baru paham, kat belakang dah makin ramai orang. Kak mek jalan acah-acah relax gitu sambil tgk suasana org yg dtg hehe... maknanya kena betul-betul rancang masa.. sebab sekejap je pengunjung dah mula ramai membanjiri kawasan food court. Rupanya ramai yg dtg nak breakfast di sini. Tapi, tidak seramai minggu pertama dibuka aritu huhu....




Alhamdulillah, turn kak mek tak begitu sesak. Lancar.... sampai je food court terus amik troli & tray.


Kak mek amik 2 botol IKEA drinking water, 2 muffin, air jus oren, air jus epal, strawberry cheese cake, meatball 15 pcs dan 4 ketul chicken wings.


Ikut nafsu semua yg ada kat situ kak mek nak hahahhahahha............
Total makan kat food court hari tu RM 44.80

Boleh refer menu makanan di ikea kat sini Food At IKEA


Silapnya, kak mek oder 15PCS meatball... tak habis pun kahkah. Patutnya oder sikit je sbb budak-budak tak makan sgt. Diorang lebih gemar pada chicken wings. Untuk panduan meatball boleh diorder:-

Swedish meatballs (beef)
RM12/10 PCS
RM6/ 5 PCS
RM15/ 15 PCS
RM18/ 20 PCS


Dah tu ko tamak sgt kennn.. hahaaha...


Sos meatball ni ok sedap je bagi kak mek. Meatball boleh la... lain kali kalo rasa nk oder may be akan oder 5 pcs je kikiki.......... 5 pcs untuk kak mek sorang kot hahahaha... 

Kena bijak mengoder. At least bila ko oder sikit meatball, ko dpt la spend money tu dgn membeli food lain. Ok belajar hahahah........ kalo ko makan habis 15 pcs tu tak kesah la... tupperware pulak lupa nk prepare kalo tak dah tapau huhuhu....


Strawberry cheesecake tu sedap wei.. RM 7.90 je seketui... 


Alhamdulillah, bila ko pegi pagi-pagi ni tempat duduk nk makan senang la dpt. Masa kak mek tgh makan, tgk makin ramai tgh Q nak beli makan dan cari tempat duduk. Ceh bangga la tu hahaha.


Tips, pegi food court dulu baru jalan-jalan tengok barang hee



Layanzzz hehe... zara dh jumpa tempat main.. haikal mcm keboringan sbb dia kata xde pat main hahah....... ade nampak mama happy? hahaha





Dah kenyang boleh la jalan-jalan...... cari ape yg berkenan. Benonya byk wishlist. Beli sikit-sikit dulu ehekkk...

Jangan lupa amik pensil & note paper yg disediakan utk list kan barang yg ko nak beli


Antara yg sempat dirakam.


Moh ler kite berangan wuhuuu


bestnya dapat perabot minimalist all white gini kennnnnnn


dapur idaman kak mek..



sudut paling menggilakan hakakkk betul ke tak ayat hakakkk kahkah


dah selesai cuci mata dan memilih barang yg ko nak, moh ler kite turun ke Tingkat 1... pegi gudang & kaunter bayaran


kat sini menguji tahap kepintaran ko sbb kena cari sendiri barang yg ko nak hahahah... poyo je. Tak pe, ko refer la list yg ko tulis tu.. tengok nombor rak & bahagian mana barang yg ko nak tu... tak payah pun, nanti jumpa la kuikui....


sambil-sambil tu ko posing la dulu acah-acah candid macam insta famous selalu ootd kahkakakah


si pendek dgn beg kuningnya hahaa...beg kuning ni pinjam je tau, tak leh beli :P



ok dah penat posing, masa utk bayar.

Alhamdulillah, tak yah beratur panjang pom kat kaunter........ dah tak ramai org atau tak ramai yg shopping ek? kuikui......... tapi kat food court ramai weyyy :P

Masa nk bayar ni, kena beli beg ikea wane biru tu untuk letak brg2 ko... tu pun kalo ko nak la. Beg kuning kena pulang balik. Pinjam je :)

Total hakakkk membeli brg2 aritu tak banyak pom, RM 70.70 aje.

Hakakkk beli:-

  • Lennart Drawer
  • Variera
  • Gelas colourful
  • Jall laundry
  • Coklat
  • 2 beg biru ikea, besar & kecil

Dah selesai membayar, kak mek teringin nak makan karipap berhantu di Malaysia. Yes, KARIPAP IKEA. dengar cerita sedap bebenor. Jom kita cuba. Ada satu lg kaunter makanan di dpn kaunter bayaran barang2. Ada macam-macam menu kudapan yg boleh ko beli.  Keropok2 dan biskut ikea pun hadooo....




Jadi kak mek oder la 6 pcs karipap yg berharga RM 5.50 dan 2 ketui aiskrim. Nanti utk aiskrim tu cashier akan kasi 2 cone dan 2 token. 1 token utk satu aiskrim.

Total karipap & aiskrim = RM 7.10



nih dia soft serve ice cream. setiap satu berharga RM 0.80
First ko kena letak cone, masukkan token & tekan button kat atas utk kuarkan aiskrim. Hakakk tak perlu ajar anak2 hakakkk sbb dia lagi tau dari hakakk buat ni. Kenapa? sbb diorang dh perhatikan org lain buat hahahaha...sib baik.


dah dapat ape yg ko nak, moh ler balik.

Jumlah kerugian di IKEA aritu = RM 122.60

Hehehe.......... next visit boleh cari lagi ape yg ko dh check list tu :P


wajib. posing maut luhhhh kakakka...


karipap paling sedap. tak cukup lak 6 ketui hahah....


mmg terbaik la makan panas-panas, slurppp air kopi........ pheww pengsan 5 minit


sedar-sedar je rasa nk g lagi semata-mata nak beli karipap ni je kuikui...........


coklat pun sedap, rasa ala-ala cadbury so boleh la hakakkk telan.


Begitulah story mori pertama kali kak mek menjejakkan kaki ke IKEA TEBRAU JOHOR.
Till we meet again. yawwww! miss u karipap :P

IKEA Tebrau 


Address33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Hours
Open today · 10AM–10PM



Till then, Mekda

Labels: , ,
1 Response
  1. - dieyana - Says:

    amboi mek..sakan bergambar..hiih.. tahniah utk org Johor....;-))
    selamat membeli dan membelah, juga selamat bermitbal dan berkaripap hahhaha..

    huisy..tetiba rindu ksripap ikea jugak ^__^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...