mek da ©™

Dear diary,

Kisah semalam berhora horey dengan budak 2 orang nih.. layankan mek zara nak tengok  Konsert Hora Horey Didi & Friends katanya........... 

Yang benonya dah sebulan mek zara duk ajak mama nak tengok ni... dah pandai request ye bila nampak iklan.



Beratur beli tiket kat TGV Cinemas, Jusco Tebrau lebih kurang jam 10.45 pagi. Kami pilih waktu tayangan pada jam 12.40 tengahari. Sambil-sambil menunggu waktu tayangan tu boleh la pegi makan-makan dulu :)






jalan-jalan cuci mata


fanpekka........ macam best, belum cuba... harga tiket pun  boleh tahan hehe


kat ground floor pula ada karnival jelajah konsert hora horey. Ade gerai jualan produk-produk didi and friends, boleh bergambar bersama maskot didi, ada pelbagai aktiviti seperti kuiz dan pertandingan mewarna...... karnival ni anjuran SSPN. Jika bernasib baik korang boleh dapatkan tiket konsert secara percuma!


Si mek ni dapat stiker didi hehehe




waktu yang berbaki dihabiskan dgn main-main kat 'molly fantasy'. Botak duit mak ko nak... mcm2 games korang nak layan aishhh


then, pergi makan dulu sebelum layan konsert. Nasi ayam bbq madu untuk budak 2 orang......



wahh licin si mek ni makan arini




ke hulu ke hilir duk pegang sticker


mak ko oder ni, yee mee tomyam sizling


jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari....... berkejar-kejar kami masuk panggung. saje je buat ayat gempak. yg benonya tak de la terkejar-kejar sangat sbb sempat lagi pergi membuang hahahhahahhahaa


ok lets tengok konsert, layan 30 buah lagu didi termasuk lagu baru!


mak iti  & tomok pun ada


layansssssss...mmg fun. kemain byk video mak ko rakam hahhahahahaa

macam x leh move on lagi sbb nampak sgt budak-budak yg datang tu terhibur! siap joget-joget depan skrin haha

mak bapak layankan je. riuh je cinema dah macam tadika pun ada hoho

:P




sebelum balik cuci mata dalam kedai daiso, jalan-jalan tgk kasut & handbag. 

For me, konsert ni recommended.. bawalah anak-anak anda menyanyi bersama cewahhhhh!!!

Layan video di bawah yah!




Kids have Funnnnnnnn!!







Till then, mek da.


Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...