mek da ©™
Just nk berkongsi maklumat...

Rezeki telah dijanji oleh Allah. Sejak kita lahir, lahir bersama rezeki. Rezeki telah dijamin sepanjang hayat kita. Jadi, jangan kita risau soal rezeki yang telah pun dijamin Allah. Apa yang perlu kita risaukan ialah sesuatu yang belum pasti, iaitu akhirat kita. Jadi perhatikan segenap langkah, kerja buat kita, tutur bicara kita, lintasan hati dan juga fikiran...biar ia selari dengan sunnah. Supaya akhirat kita selamat.

Kalau kita asyik risau soal rezeki sehingga tipis sekali tawakkal, selalunya di situ lahirlahlah bibit-bibit dengki dan hasad apabila orang lain dapat, kita tak dapat. Sedangkan semua itu kurnia Allah. Apabila kita terlalu sibuk dan risau soal rezeki, selalunya ia akan bertambah jauh dan jauh. Kerana dunia bila dikejar ia akan lari sejauh-jauhnya. Sedangkan bila kita meninggalkan dunia dengan fokuskan kerja buat kita, biar berintegriti...biar ikhlas...biar benar dan cuba baiki segala kekurangan diri, ketahuilah... di situ rezeki yang barakah akan datang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka. Apabila kita tidak sibuk2 dengan dunia... waktu itu dunia akan datang mencari kita. Itulah hamba, itulah khalifah.





Labels:
Reactions: 
0 Responses