mek da ©™

Dear diary,

Balik kampung baru-baru ni kak mek sempat berkunjung ke satu pantai yang tular di media sosial. Kak mek orang kelantan sendiri pun baru tahu kewujudan pantai ni.. 

Pantai senok di Bachok, Kelantan... SENAK KO SENOK HEH? sekarang ini digelar sebagai Pulau Nami Malaysia @ Pulau Nami Kelantan. Apa yang menyebabkan pantai ini nampak indah? Sudah tentulah barisan pohon rhu yang menarik perhatian orang ramai untuk bergambar di segenap ruang pantai tersebut.

Sejak keindahan Pantai Senok menjadi viral, ia menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung terutamanya pada hari minggu atau cuti umum.

Pantai senok juga telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan sejak beberapa tahun ini.


Kak mek datang sini masa cuti raya haji. Tak mustahil ramai giler manusia kekekkeke... nak posing pun tak fokus.. cewahhh.. hahaha

Laluan ke pantai senok pada ketika itu agak sesak juga.


Tengok belakang sana, ramainya umat.. tak tengok depan & kiri kanan lagi tu


kesian budak-budak ni, benda ni dikatakan playground kekekkeke



sib baik dapat adik ipar gila bergambar, ada la tukang snap wakakakkaka



This is BACHOK! bukan pulau nami korea :P



eh, apasal kelihatan tinggi? haha





budak ni sibuk main pasir sedang maknya sibuk berposing






dan yang lain-lain fokus menikmati aiskrim pakcik motor


anak sedara


ada kolam huhu


kedai makan tumbuh bagai cendawan di kawasan pantai senok


ngeteh di Kedai megi telor sotong

Restoran steamboat pun hadooo...


memory zaman kanak-kanak ni..............


ok lah kalo nk feeling2 melancong ke pulau nami korea boleh lah singgah sini ye hahhaha......
sungguh, deretan pohon rhu itu sangat cantik :)

Memandangkan pantai senok ni mendapat perhatian ramai, pihak tertentu perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keindahan kawasan ni.. dan kite sebagai pengunjung kenalah menjaga kebersihan dehhh.. jangan buang sampah kokse!

A recommended place to go when you are in Kelantan gaisss!!!

Till then, mekda.


Labels: , , ,
Reactions: 
0 Responses