mek da ©™

Dear diary,

Ayam Paprik Thai cara kak mek. Jom buat!!

Bahan-bahan:-

  • Hirisan Ayam 
  • Bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • cili - lebihkan jika suka pedas (ketuk)
  • lada besar merah
  • daun ketumbar
  • sos ikan
  • sos tiram
  • sos blackpepper
  • sos cili
  • sos tomato
  • gula
  • garam
  • bawang besar
  • serbuk kunyit (untuk dilumur pada ayam)
  • buah tomato
  • lobak merah
  • jagung muda
  • sedikit pes tomyam thai





Cara-caranya:-

Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ayam. Goreng seketika. Ketepikan.

Panaskan sedikit sahaja minyak. Masukkan bawang putih & cili yang diketuk bersama serai. Masukkan air dan pes tomyam. 

Kemudian masukkan segala sos tadi. Sos ikan, sos tiram, sos blackpepper, sos cili & sos tomato.

Masukkan daun limau purut. Perasakan dengan garam & gula sesedap rasa. Pada kak mek, tak letak gula garam pun tak pe, sos tadi dah mencukupi. Lagipun dah lumur sedikit garam pada ayam.

Masukkan lobak merah, lada besar, jagung muda dan hirisan bawang besar. Biarkan masak seketika. Ayam yang dah digoreng tadi bolehlah dimasukkan ke dalam kuah paprik ni. Gaul rata. Tabur daun ketumbar dan potongan buah tomato. Masak seketika lagi bagi serasi sikit kihkih. 

Tutup api. Siap!


kak mek lebih suka ayam digoreng dahulu.. entahlah. mak mak haha!


Boleh cuba ye.............

Till then, @mek_cda


Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...