mek da ©™

Dear diary,

Resepi Kuah Laksa Kelantan

Kredit resepi: Kuah Laksa Kelantan

10 ekor ikan sardin/selayang/kembung
 5 ulas bawang merah
 10 biji lada hitam
 1 inci halia (kak mek tak letak halia)
 santan pekat secukupnya
 sedikit air
 garam secukupnya
 3-4 keping asam keping
 1 bungkus laksa beras (celur dahulu)
 sedikit belacan (jika suka)
 Ulam - daun kesum, daun selom, tauge, timun, bunga kantan dihiris halus
 Sambal cili : 20 tangkai lada kering dicelur dan dikisar kering, letakkan sedikit garam
Cara Menyediakan Laksa Kelantan :
1
Ikan direbus dengan sedikit air, garam dan asam keping. Kemudian ikan dibuang tulangnya dan dikisar.
2
Kisar bawang merah dan halia bersama lada hitam.
3
Campurkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk.
4
Masukkan santan, air, garam dan asam keping ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga mendidih.
5
Kacau kuah dan pastikan ia tidak berketul. Setelah naik bau dan pekat, tutup api.
Cara Hidangan :
6
Ambil sedikit laksa yang telah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk.
7
Tuangkan kuah laksa secukupnya.
8
Taburkan ulam-ulaman yang telah siap dihiris halus dan potongan limau nipis.
9
Letakkan sedikit sambal cili (jika suka pedas) dan sedikit belacan (jika suka)
10
Siap untuk dihidangkan!



My all time favourite............... laksa kelantan. Jika suka boleh juga dihidangkan dengan telur puyuh rebus dan serunding  daging. Sedappppppp!!!

Till then, @mek_cda



Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...