mek da ©™

Dear diary,

Korang penah rasa Miang Pla Poa? Sejenis masakan Thai yang tengah 'in' sekarang ni lagi2 kat Kelantan. 

Kalo tak silap 'Miang Pla Poa' ni bermaksud kerabu ikan bakar ke ikan bakar gitu lah haha.

Paling best masak guna ikan talapia segar. Korang boleh bakar atau goreng garing ikan tu... terpulang pada selera uolsss... yang penting sos thai tu haaaa... 


OK jom cuba buat. Kak mek nak share resepi cara kak mek. Simple2 je. Dah 2 kali kak mek buat  Miang Pla Poa ni. Sekali cicah dengan sos hijau dan kemudian dengan sos merah pulak. Ape beza hijau merah tu?? alahh tak de apa lah... warna cili tu je kihkih



Resepi Miang Pla Poa Homemade:-

  • Ikan Talapia (Goreng garing ye tapi jangan sampai hangus haha)
  • Tepung bestari
  • Tepung jagung
  • Serbuk kunyit


First, ikan dibasuh bersih2 dan kak mek lumur dengan tepung bestari, sedikit serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung. Kemudian goreng garing sampai masak. Ketepikan.

Kemudian kita buat sos pulak.

Bahan sos:-

  • Cili padi 
  • Lada merah/hijau
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka/nise
  • Akar daun ketumbar
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air


Caranya, blend kan semua dan sesuaikan rasa dengan tekak masing-masing. Boleh kurangkan cili padi jika tak nak pedas sangat ye.

Kemudian, hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos.

Boleh juga tabur bijan sebagai hiasan pada sos. Sangai la dulu kejap bijan tuu... 

Miang Pla Poa ni sedap dimakan dengan ulam-ulaman.

Cadangan ulam-ulaman:-

  • Daun salad
  • Timun batang
  • Tomato


Sedap dimakan dengan nasi mahu pun bihun yang dicelur. Kak mek lebih suka makan dengan bihun kosong yang dicelur. Nikmatnya ratah2 ikan tu.. garing2 cicah sos perghhhh... alhamdulillah.

If resepi ni tak menepati selera thai/resepi asal dari thai mohon ampun ye. Kak mek olahkan ikut tekak kak mek sendiri.

Korang kalo nak mewah lagi boleh cuba layan sos Miang Pla Poa ni dengan seafood. Udang sotong ketam pasti angkat tangan meletop kihkih :P

Haaa, gituewww!

Oklah, selamat mencuba.

#daridapurmekda

Till then, mekda.











Bideoo Miang Pla Poa Homemade by kak mek

Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...