mek da ©™

Dear diary, 

14/10/2017,
Kak mek ke melaka untuk makan! kohkohkoh. Kemain gumbiranya hati ko bila laki ko setuju nk g jjcm melaka bawa ma & abah. Last minute plan memang menjadi.. cayalah! Hikhik... eh eh padahal melaka dekat je ngan JB. Susah betul nak sampai sini kuikui nasib laa kak mek :P

Ok entry ni kak mek citer sikit2 je dulu eh pasal jln2 melaka ni. Ingat nk buat entry satu-satu untuk satu-satu tempat cewahhhhhh! Kami bertolak pagi sabtu jam 8.00 dan singgah breakfast di R&R Machap. Kak mek oder air teh tarik & hanya makan sandwich sardin serta kuih bakar saja ketika breakfast. Kami mkn ringan-ringan cuma abah kak mek je yg makan mee goreng.

Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam lebih. Kira-kira jam 10.40 pagi kami dah selamat sampai ke negeri Melaka! Alhamdulillah :)

Yg benonya kak mek dah listkan mana tempat nak pergi... harap-harap wishlist tercapai la ye hikhik. Siang malam kak mek google tau!! Gigih hokkeh... Dulu macam dah jejak sempadan negeri melaka ni cuma tak jalan-jalan je. Harap kali ni tercapai la yee... Siap bawa kitab travel lagi uollsss ... melaka je pun hahahah! Yang penting, waze sangat membantu.... huhu

Ok, mengikut kitab travel kak mek, tempat utama dan first kak mek akan tuju bila sampai melaka ialah kat area Bandar Hilir iaitu kawasan bersejarah tu haaa... ala yg ada A Famosa, bangunan merah bagai tu.. hikhik.. kak mek akan cerita kat entry lain hokkeh :)

  • Kota A Famosa
  • Beca Melaka
  • Muzium TLDM
  • Muzium Samudera
  • The Studthuys
  • Muzium Setem
  • Muzium Pengangkutan Melaka
  • Taman Bunga Merdeka


Dah penat pusing-pusing bangunan bersejarah, kak mek  mula mencari hotel. Untuk pengetahuan, kak mek hanya 'walk in' hotel je tau... jangan tiru macam kak mek ok haha. Kalo korang nk senang, korang book la awal-awal kat agoda, trivago bagai tuuu.. kohkoh.. sib baik ada bilik kosong weyy hotel yg kak mek dah aim tuuu... bila walk in gini harganya tinggi la sikit dari korang book awl2 kat internet tuuuu...  yg benonya kak mek mmg dah mencari apartment homestay dan tanya byk owner homestay kat area bandar hilir, malangnya bila last minute full booked lorrr ;( 

  • Hotel Euro Rich, Melaka


Dah selesai cek in, kak mek mula mencari restoran asam pedas. Kalo datang melaka tak merasa asam pedas memang tak jadi huhu. Bila dah kekenyangan masing-masing terus terbongkang kat bilik hotel........ rehat jap! 

  • Restoran Asam Pedas Zaiton, Melaka


Petangnya kami ke Pantai Klebang mencari coconut shake. Must visit kalo sampai melaka. Bila dah hampir senja kami gerak ke Masjid Selat Melaka.

  • Coconut Shake Pantai Klebang
  • Dataran 1Malaysia Klebang
  • Masjid Selat Melaka


Malamnya kami pusing-pusing sungai melaka naik cruise. Hajat nak ke Muara sungai duyung & jonker walk tak tercapai sbb dah kepenatan. Sian ma abah... hehe. Kami makan malam di area Melaka River Cruise saje....

  • Melaka River Cruise
  • Char Kuey Teow Sungai Melaka


Esoknya, kami bersarapan di Medan Samudera saje dan selepas itu kami mencari ole-ole untuk di bawa balik. 

  • Medan Samudera


Last check point, kuih keria antarabangsa & Laksa Limbongan.

  • Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Limbongan
  • Laksa Penang Limbongan


Ok, kak mek akan review satu-satu hokkeh di next entry. 

Till then,
mekda
from Malacca with love  :)
Labels: ,
Reactions: 
1 Response
  1. Eliss Mie Says:

    saya pergi melaka last 2 tahun lepas. bila la nak repeat lagi. Pergi pun sebab family day ofiz hubby so tak bnyk sgt tempat pergi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...