mek da ©™

Dear diary,


Kalau di Kampung Melayu, memang banyak gerai roti canai, berpuluh-puluh. Kalau hari bekerja, berkemungkinan kurang sambutan tapi apabila tiba hujung minggu, hampir semua gerai penuh dengan pelanggan. Difahamkan ada datang dari seluruh pelusuh Johor Bahru dan juga Singapura.
Satu gerai yang selalu dikunjungi untuk menikmati roti canai ialah di Jalan Aman, Kampung Melayu. Man Tebar dan Ajib. Nama mereka berdua memang terkenal. Sebelum gerai di Jalan Aman, mereka mempunyai gerai disekitar Kampung Melayu. Setelah pembinaan Dewanraya, mereka mendapat gerai tetap dikawasan tersebut.
Hujung minggu memang padat dengan pelanggan, kadang-kadang seawal 10 pagi roti canai telah habis. Untuk elak kekecewaan di sarankan supaya datang awal kerana parking agak penuh dan susah. 
Apa yang menarik sangat roti canai man tebar ini? Ia terletak pada sambal nya. Kalau order pastikan sambalnya diasingkan dan diletak diatas mangkuk yang berlainan. Kuahnya kari juga agak lazat. Roti canai yang lembut memang sesuai dimakan panas-panas dengan kuah kari yang lazat.
Nama Gerai : Man Tebar Roti Canai
Lokasi : Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee



Till then,
Mekda

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...