mek da ©™

Bahan-Bahan:



  • 1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
  • 6 cawan atau 1200ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
  • 1/3 cawan serbuk milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan











Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
  2. Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
  3. Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
  4. Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar susu di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
  5. Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. 
  6. Cakar bahagian permukaan agar-agar susu supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian milo di atas lapisan susu dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
  7. Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.





Labels: ,
0 Responses