mek da ©™

Dear diary, 13 August, semalam birthday husband mek yg ke 36 tahun. Mek doakan semoga papa sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu. Aamin yra. Tak de ape2 surprise yang special dari mek cuma dah lama mek plan nak celebrate bufday papa kat BIGFOOD ni. So alang-alang semalam riadah kat taman merdeka, balik dari situ kami singgah early dinner kat sini. BIGFOOD cafe Nong Chik Height JB.

Sebelum nak ke sini mmg mek ade google review tentang cafe ni. Rata-rata yg review cakap makanan kat sini sedap, harga bersesuaian dengan portion makanan yang banyak tu... servis pun ok. Nak tau betul ke tidak jom try baru lah tahu betul ke idok kekeke...


Haa betul la.. fish & chip ni harganya RM15 je...blh share makan 2-3 orang. Sos nya sedap! Mek suka....


Yang ni best giler! Creamy salted egg pasta with beef. Harga RM 20... OPSS! Jangan terkejut.. mmg laaaa...tapi blh makan sampai 3 orang tau. Lauk pun banyak!! Sebenarnya pinggan ni besar gedabak tau... Banyak giler... leh mintak pinggan 0 share-share gitu. hehe. 


Yang ni pulak Nasi goreng chicken chop. Favourite haikal. Harga RM 18. Kalo makan sorang memang tak abis. Bagi mek la.. kalo korang kuat makan licin jek hehe... cuma mek nak suggest kalo korang nk oder..better menunya lain-lain. Sebab nanti leh share rasa-rasa gitu. Portion setiap hidangan mmg banyak. Dah namanya BIGFOOD. Sharing is caring aww..


Watermelon RM 8, Lychee RM 8, Bandung Soda RM 6....... segelas air pun tak sempat abis... kena betul-betul lapar baru blh makan kat sini haha......


Yummehhh...akan ku repeat makan kat sini. Rasa nak oder nasi goreng ketam & lamb chop pulak. DAP ohhh kekekeeeeee... Menternak lemak je kejenya hakhak


Ok di samping itu, banyak dessert disediakan tau. Macam-macam kek hadooo. Mek oder pavlova  konon2 la utk birthday cake encik suami. Satu slice jekkk..tu pun nak kuar air mata nak abiskan sekeping tuuu...mcm kena paksa makan pulak haha.. sedap! Krim tu nak kata manis sgt tak laaa...


my kesayanganss


Eh.. eh baru perasan ade meow atas meja tuuu hahaaaaaaaaa....


TQ staff BIGFOOD sbb sudi jadi cameraman kami hikhik


kami duduk tingkat atas sebelah luar...biasa laa, budak-budak ni bkn blh duduk  formal kat dlm tu.. ade je nak berlari-lari, kejar mengejar huhhh..


Sebelum balik membawa perut yang kekenyangan, bergambo dulu dpn cafe ehekk..


BIG FOOD,

Jalan Kolam Air,
Nong Chik Height JB

OPEN 3pm - 12am


Till then............ mekda.

Labels: , ,
Reactions: 
0 Responses