mek da ©™


Dear diary, 

Satu lagi tempat wajib singgah kalo datang Langkawi, HAFIZ ROJAK! Terletak di tepian Pantai Kok, Langkawi. Rojak dia ni femes meletop top top. Berniaga guna van je. Hafiz rojak pernah menjadi lokasi pilihan program JJCM TV3.





Memandangkan masa sampai sini tetiba hujan renyai-renyai turun, maka kitorang take away je. Hajat di hati nak lepak tepi pantai ni sambil menikmati rojak gitueww... nampak langit tak berapa cerah maka kak mek tapau rojak pasembur dan rojak buah. Nak rasa-rasa je macam mana rupa rojak yang meletop ni. 


Kehebatan Hafiz Rojak ni terletak pada kuah rojaknya. Pekat likat memang mabeloss! Memandangkan take away, kuahnya dah jadi sedikit cair masa nak makan. Tapi sumpah kuah nya sedap!!!





Cantik view ni....


Antara menu lain yang turut dijual:-

  • Mee rebus
  • cendol
  • nasi lemak bungkus
  • laksa



Dari segi harga pula murah dan berbaloi. Makan pula di tepi pantai... aman dan damai. Gitueww!


Yummmehhh!


See, tudung i dah basah-basah u tapi still mahu bergambo ahaksss!



Kesimpulannya, tak sah percutian ke Langkawi kalo tak ke sini :-

Hafiz Rojak
Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 
07000 Langkawi.



Bersambung........................

Till then,
Mek da


Labels:
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...