mek da ©™
untuk abah yang telah berjasa besar mengasuh anak-anaknya...


abah yang tercinta. aku kini telah dewasa berkat bimbingan dan asuhan abah. tiada balasan yang dapat aku berikan untuk menebus kebaikan abah selain doa dan harapan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan sebanyak-banyaknya.

seorang anak wajib berbakti kepada kedua orang tuanya. inilah kewajiban aku. sebagaimana Allah ta’ala telah tetapkan kewajiban ini di dalam kitab-Nya:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً

“Tuhanmu memerintahkanmu agar kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya dan untuk berbakti kepada kedua orang tua.” (QS. Al Israa’: 23)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Kemudian beliau ditanya apalagi amal yang paling dicintai sesudahnya. Beliau pun menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua” (HR. Bukhari)

abah, aku telah mendapatkan banyak pelajaran berharga darimu.
dulu... sewaktu masih kecil aku sangat senang apabila menyambut kedatangan abah pulang dari tempat kerja. sungguh tiada kebahagiaan dunia yang melebihi kebahagiaan ini.

hari ini, aku rasa sgt bersalah kerana sehingga kini aku masih tidak dapat membalas jasamu yang terlalu berharga itu. hanya kasih sayang yang dapat aku berikan.

untuk abahku yang jauh di mata, rindu lak...hehe...

adaptasi dari sini
Labels:
Reactions: 
3 Responses
  1. mamalieyna Says:

    eheh tetiba rindu abah pulak!! hehe..anak yg baik sntiasa ingtkan orgtuanya kan.. :)
    *akak dh takde ayah, mmg terkenang sesekali, alangkah bestnyer kalo ayah msh ada, ayah tk smpt tgk akak grad, berkahwin dan tgk arif apatah lagi..huhu..akak lak cedih..huhu..


  2. ye ke..sbr la kak ina ye...tuhan lebih sygkan dia,....


  3. ladyBEErd Says:

    aduyaii...windu laks kat abi....
    mu neh...syahdu syahdan laks ....