mek da ©™
alhamdulillah. kenyang... baru pas pekena mee rebus. sekali sekala menjamu tekak dgn mee rebus nih sedap jugak ek. ekceli mek xberapa suka mee rebus. tapi bila dah lama x makan... mak aii kecurrr... mee rebus nih mek kirim kat member opis..dia beli kat mana ntah.

alang-alang apa kata kite search resepi mee rebus. kot2 korang nak try buat. mek sendiri lom cuba buat... hikhik. jommmmmmm...


Bahan-Bahan:

1 paket mee kuning - celur


Bahan Sayuran:

50 sen Taugeh - celur

Sedikit daun sup - hiris nipis

Sedikit daun bawang - hiris nipis

Bawang goreng

4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.

5 biji Cili hijau - dihiris nipis

Limau nipis/limau kasturi - di belah dua

Telur rebus - belah dua


Bahan-Bahan KUAH:

Sedikit minyak untuk menumis

4 sudu cili kering yang di kisar

3 biji bawang merah - kisar

3 sudu lengkuas yang di kisar

4 batang serai dikisar halus

2 biji bawang putih - kisar

RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.

300gm udang hidup - direbus dan kisar halus

1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus

3 sudu gula atau secukup rasa

Garam secukup rasa

Sedikit ajinomoto

4 sudu sos tomato

Air - agak-agak


Caranya:

1.Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.

3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.

4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.


selamat mencuba...



Labels:
Reactions: 
2 Responses
  1. Fieza79 Says:

    mee rebus sedappp..alang2 nk makan tu baek beli je la...renyah nmpk gaya..hehee mmg pemalas kan..?


  2. ..nOj.. Says:

    sedapnye rupe mee rebus tu mek. lapar plak time2 ujan ni. hehe