mek da ©™
Dear diary, wahh nampaknya aiskrim sumi tgh viral skang ye... tapi arini mek bukan nak tepek resepi aiskrim sumi tapi aiskrim jelly oreo..sebenarnya entri ni dah sebulan draft hahahha.. baru nak post.. ape daa. Emmm resepi asal dari sorang hamba Allah kat fb dan kat blog2 pun ade. Tq pada tuan punya resepi. Saya share ye..

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 1 tin susu cair
  • Susu pekat (sesedap rasa manisnya)
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  •  Biskut oreo (dibuang krim)

Cara Penyediaan:

  1. Masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering.
  3. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan susu pekat, susu cair dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  4. Bolehlah kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam plastik aiskrim.
  5. Bekukan dalam peti ais. Siap!

Labels:
Reactions: 
0 Responses