mek da ©™

Dear diary, haha lately ramai pulak dok share kat fb mango cheese cake. Adoi tak tahan mek duk menengok aje. Craving wehhhh... maka last week terhasillah my first strawberry cheese cake. Mudah je, ni versi unbaked. Pegi tesco jumpa strawberry je so tukar plan dari mango ke strawberry. hikhik emmm pun boleh. Resepi cheese cake mek ni terderhaka sikit dari resepi asal. Air perahan lemon digantikan dengan yogurt kahkahkah :)




Bahan-bahan:-

300gm biskut marrie perisa asli
250gm buttercup
Setengah cawan gula kastor
Satu bekas yogurt natural/perisa strawberry ( patutnya letak 1 sudu jus lemon)
250gm krim keju
200ml krim putar (whipping cream)
15gm gelatin halal (tiada dalam gambar)
1 pek buah strawberry 
Setengah cawan jem perisa strawberry (sebagai topping)
100 ml air (Untuk masak topping)



1) Memula sekali hancurkan biskut marrie. Kasi lumat sama dia hingga menjadi serbuk.


2) cairkan butter dgn menggunakan kaedah double boiler.


3)Tuangkan mentega ke dlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.



4) Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.



5) Pukul krim keju bersama-sama gula, whipping cream dan yogurt sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

*Cara mencairkan gelatin: campurkan 15gm gelatin halal dengan 100 ml air panas, kacau dan sejukkan seketika.


6) Keluarkan adunan biskut dari peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.


7) Ratakan dan letakkan buah strawberry. 


8) Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam.

9) Sementara tu boleh lah sediakan topping. Alaa mek buat topping cara ringkas je. Just guna jem strawberry. Pastu tambahkan sedikit air. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. 


10) Setelah keras bolehlah tuangkan topping tadi di atasnya. 



11) Simpan dlm peti ais sekali lagi sebelum dihidangkan. Ok siap! senangkan...



Ok dah boleh makan...


yummeh.. anak-anak suka!


sekeping untuk tuan tanah kahkahkah



esoknya dah abis.... hahahahahaa...puas hati dapat bikin sendiri. 
Labels:
0 Responses