mek da ©™

Dear diary, resepi Daging Merah ala thai versi mek da



Bahan-bahan:-

1/2 kg daging lembu 
satu sudu besar pewarna merah
2 ulas bawang putih- dikisar
1 labu bawang besar - dihiris
1 labu bawang merah - dikisar
2 sudu cili kering - dikisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
garam/gula/perasa 
sebiji lada besar - dihiris
150 ml air (untuk lebihkan kuah) 


Cara-caranya:-

1) Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng daging hingga garing sedikit. Ketepikan
3)Tumis cili kering, bawang putih dan bawang merah yg dikisar tadi. Masukkan sedikit air.
4) Masukkan daging, sos tiram, sos tomato, sos ikan, garam, gula & bahan perasa secukupnya.
5) Kemudian, masukkan bawang besar dan lada besar yang dihiris tadi. 
6) Masak hingga sedikit pekat. 
7) Sedia untuk dihidang



Selamat mencuba

#DariDapurMekda





Labels: ,
0 Responses