mek da ©™
Dear diary, terasa nak makan megi ketam homemade? meh cuba masak ikut resepi campak-campak versi mek da ni haaa.. kikiki..... kalo tak sedap jangan marah... kalo sedap alhamdulillah :)



Bahan-bahan:-

Maggi Kari (2 paket)
2 ekor ketam 
4 ulas bawang putih
satu sudu cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan
garam/serbuk perasa
air 500 ml
1 paket perencah kari maggi tadi
1 sudu cuka (untuk rasa masam pada kuah) - boleh diganti dengan perahan asam limau
sayur (ikut suka.. mek guna sawi)
Telur 1 biji


Cara-caranya:-

1) Ketuk bawang putih dan tumis. Masukkan cili kering kisar, perencah megi dan tumis hingga sedikit garing. 
2) Masukkan sayur, sos tiram dan sos tomato. Masukkan 2 ekor ketam dan air. 
3) Masukkan cuka, sos ikan, garam & serbuk perasa.
4) Masukkan megi 2 paket, pecahkan telur dalam kuah, tunggu sehingga masak dan kuah mendidih.
5) Sedia untuk dihidang bersama lada jeruk. yummehhh.. 


#DARIDAPURMEKDA



Labels: ,
Reactions: 
0 Responses