mek da ©™

Dear diary, 

Kak mek dapat kupon pembelian free dari Zalora.

Cerita lama benonya. Tak tau kenapa kak mek boleh perap post ni sebegitu lama. Kejadiannya pada Januari 2018 lagi hahhahahhahah!

Alkisah kalo tak silap pada hujung tahun 2017, kak mek ada terima satu email dari Ketua Editor Thread Zalora iaitu Aini Shah. Pada ketika itu, Puan Aini mencadangkan kak mek agar mengeluarkan satu post di blog kak mek bercerita tentang sunglasses. Alhamdulillah, selepas post dikeluarkan, kak mek diberi satu kupon pembelian percuma dari pihak Zalora. TQ Zalora!!




Kak mek pilih 2 kasut ni... ok la buat2 basahan. Percuma kannnn iolss suka aje hehe.


Melalui kupon tersebut kak mek boleh pilih apa-apa je barang asalkan harganya jangan lebih dari RM100. OK la kan dari tak dapat apa hehe.


Selang beberapa hari lepas tu, Aini (Ketua editor thread zalora) ada inbox kak mek lagi.
Dia invite kak mek untuk menjadi sebahagian dari Team Zalora ZCOOP Contributor. 

Apa itu Zalora ZCOOP Contributor?????

Ia lebih kurang macam majalah digital laa... majalah online untuk laman web fashion terkenal zalora gitchuuu.... sekiranya bersetuju, kak mek dikehendaki mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 artikel setiap bulan kalo tak silap kak mek laaa.... kalo salah jangan marah sebab dah lupa. 


Masa tu kak mek setuju untuk join dan awal-awalnya kemain rajin cari idea untuk menulis artikel. Sekarang ni hampehhhhh... hanya sempat kuarkan 2 artikel je kikiki...... 

Bukannya apa, kadang kak mek tak sempat. Kadang tak de idea. Kadang malas. Kadang rajin. Hahaa... kesudahannya dah berkubur impian nak jadi penulis yang hebat cehhhwahhhh haha.

Tajuk artikel perlulah merujuk tentang tips, gaya hidup, petua, perkongsian pengalaman travel dan banyak lagi. Korang pilih dan cerita lah apa saja yang berkaitan. Gambar hiasan pada artikel diorang akan kasi dan pandai-pandailah korang pilih mengikut kesesuaian artikel. Melalui thread tersebut kitorang boleh je draft seberapa banyak artikel dan artikel tersebut akan disemak oleh ketua editor. If ok, editor akan publish dekat thread zalora. 



Antara artikel kak mek di thread zalora malaysia:-




Sometimes... terasa juga nak menulis balik untuk thread zalora. Ada peluang lagi tak agak-agak? hehe


Apapun, terima kasih zalora sebab bagi juga peluang kak mek berangan sebagai penulis biarpun blog kak mek ni suam suam kuku jee hehehe!


Menulis ni sebenarnya perlukan idea. Nampak macam mudah kan. Bila nak kuarkan satu artikel tuu  Ya Ampun punya la beku otak ni nak pikir point cehwahhhh haha. Tak mudah sebenarnya hihi. 

Sebab tu la dah lama berhabuk penulisan kak mek dekat thread zalora. Penyakit 'M' tu sudah datang kihkih.  



Oklah, walaupun ada penyakit M, kak mek still merepek dekat blog kak mek nih haaa.. ok !

Till then, @mek_cda

Labels: , ,
1 Response
  1. ietams Says:

    best tu..
    shopping-shoping click click.. total MYR0 to pay. heaven!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...