mek da ©™

Dear diary,

Char Kway atau cakoi....... korang suka tak? Di Johor, Mr Sam You Char Kway penah tular pada tahun lepas. Baru minggu lepas kak mek sempat merasa hahaha! Tu pun kebetulan lalu area situ. Gerai ni terletak di Restoran Sri Perada, Johor Bahru. Ketika viral dulu, mmg kena beratur panjang!


Selalunya kita makan cakoi original cicah dgn air kopi kan? Sementara di Kelantan cakoi ni selalunya dimakan dgn sos kastard manis. Di johor pula di makan dgn kuah kacang sambal.


Namun, pemilik gerai Mr Sam You Char Kway ni agak kreatif. Cakoi yg dijual diolah dengan pelbagai topping. Tidak hairanlah dari gerai ini kita dapat menikmati cakoi dengan pelbagai rasa seperti chocolate cheese, peanut oreo, chocolate oreo, chocolate rice, serunding daging dan macam-macam lagi.


topping chocolate rice tema JDT


Hasil tangkapan cuba jugak yg bertopping walau hakikatnya suka yg original saja... peanut oreo best jugak!


Cakoi original berharga RM2 per set ada 3 ketoi.. besar dan gebusss.. lembut sedap gilllsss!


yang bertopping setiap satunya berharga RM2.50 seketuiiii...




sesekali layan cheese


tapau untuk budak-budak kat umah 


pilihan kak mek, original cakoi cicah kuah kacang sambal sedappp weyyy! minum pulak nes panas perghhhhh kikiki... mkn je keje


Nahhhh, tuhh dio... selang beberapa ari pegi repeat original cakoiii tak puas makan hakhak!

Kat sini juga ada dijual rojak asma, pau sambal... macam2 lagi lorrr...

Try laaa... sesuatu yang harus dicuba jika anda berada di Johor Bahru!


📍Restoran Sri Perada, Johor Bahru
🚩Berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah & Restoran Yassin
⏰12.30 Petang hingga 6.00 Petang (Ahad hingga Khamis kecuali Jumaat & Sabtu)
☎️ 013 – 786 9625 / 013 – 219 9766
Facebook Page : Mrsam You Char Kway
Instagram : [@mrsam2004]

Till then,
Mekda.

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...