mek da ©™
Dear diary, 

Ramadan tahun ni sempat la 3 kali berbuka di kampung halaman terchenta, Kelantan Darul Naim kehkehkeh. 

Sahur di R & R Ajil masa on the way balik kampung...


Berbuka di Kg belah suami, Pasir Mas.. semua lauk dari bazar. Akak ipar beli kat gerai berdekatan rumah dan kak mek pergi bazar Pasir Mas


Ada majlis berbuka puasa ramai2 dengan sepupu sepapat dan kenduri tahlil di rumah mak sedara kak mek di Pasir Pekan. Setiap keluarga collect RM50 sorang untuk masak lauk utama. Pastu masing-masing buat potluck dengan menu seperti yg telah dibincangkan hahaha... Ada ikan siakap 7 rasa, singgang daging, tomyam, ulam-ulaman,akok, sira pisang & kak mek sponser murtabak cheese beli kat bazar stadium kb.


Hari terakhir berbuka puasa di rumah Family Pasir Pekan... bertemakan masakan kampung ulam-ulaman, ikan kerisi goreng garing, petai & masak lemak udang.. kak mek makan 3 pinggan nasi.. tak caya tanya my mum hahahahah..................... air mangga siam blend


Merempit ke bazar ramadan stadium dengan adik kak mek.. nak elak jem huhu




Sempat mencolekkan diri bersama family 


Colek campur 2 set, colek buah 1 set dan colek paru perut 1 set.. sekali dengan 7 ke 8 air.. RM40,  mahal ke murah?


sedap..... lokasi di Nasi Ayam Kampung Sri Kota, Wakaf Bharu


Semoga berjumpa lagi di Ramadan tahun depan...Insya ALLAH

Till then, mekda.



Labels: ,
Reactions: 
0 Responses