mek da ©™


Dear diary, kuih raya!

Tak sudah-sudah citer pasal raya kuikui. Selalunya setiap tahun dan pada awal tahun kak mek ada pasang niat tak nak beli kuih raya, nak buat, nak beli kerepek je... dan semua azam tu adalah merepek semata-mata hahahaa... sebabnya bila tiba bulan puasa gigih mengoder kuih raya... hadoiii kuar tanduk jugak. Kuih raya yang wajib beli ialah tart nenas dan dahlia susu.. emm tapi tahun ni tak beli dahlia susu pun. 



Tempat biasa kak mek beli kerepek ialah di Larkin.. setiap tahun pada bulan puasa tempat ni akan meriah dengan kerepek.. org panggil gerai ni kerepek kasawari


Kak mek tak beli banyak kerepek.. cuma 2-3 jenis je.. tu pun beli sebab nak kasi mak sedara. Ada jugak singgah mersing beli kerepek kat situ... yang kat situ dipacking kecil-kecil sebungkus rm5. Kalo yang kat larkin ni dijual ikut kilo.


Encik suami beli kerepek lekor ni kat bazar raya plaza angsana.. kerepek ni diperbuat daripada keropok lekor.. ada perisa cheese.. ada bbq dan perisa asli
Satu pack berharga RM15


Ingatkan kerepek ikan bilis, rasa udang rupanya

Ada borong kerepek pisang kat kampung........... tak de gambo la pulak heee


Kuih raya dari encik boss.. ok la tu dari tak kasi langsung hahahah


kak mek hantu tart nenas


Model kuih raya plaza angsana haha. Meriah tol time beli kuih tu.. macam pagi raya gitu... eeeee




Kuih yg diborong oleh kak mek.. amik ko... kata nak beli sikit
Ada beli ngan member opis, ada beli ngan ex-officemate dan paling banyak borong kat angsana. Sib baik kat angsana encik suami tolong payungkan sikit kahkahkah

Antara kuih raya yang dibeli:-

Tart nenas
Biskut nuttela (tak sempat rasa pun.. bawa blk kg)
biskut almond london - zara ngan haikal nak
biskut nestum pelangi
biskut seroja
biskut madu tiga ke ape ntah nama...rasa susu 
cookies (2 jenis )
dan............ lupa plak nama-nama biskut yang lain hahahah..lupa nak catat kahkah


5 jenis kuih + kerepek untuk rumah maa abah
3 jenis kuih + kerepek untuk akak ipar
2 jenis kuih & 1 kerepek untuk pengasuh budak-budak ni
popia simpul yang bos kasi kak mek kasi rumah adik hahahhaha
7 jenis kuih untuk rumah sendiri
kerepek-kerepek untuk kasi mak/pak sedara
kerepek pisang untuk mkn sendiri & ada kasi org


cookies by cookies talk... beli ngan opismate


susun atur kuih kudap kudapan kat umah.. mabuk tepung jap hakhak



beli 2  botol kerepek bronis ngan adik ipar... satu letak kat opis, satu letak kat umah...


yang botol tutup merah tu biskut raya yang laki kak mek hadap...... suka sgt dia mkn biskut tu.. tak pe la dia yang beli hahahhahaahha.. 2 botol biskut tu dia habiskan.. nama biskut tu biskut seroja.. inti mentega kacang... memang sedap!


comelnya awak..kecik! satu botol RM25


Jemput la datang beraya ke pondok sewa kak mek ye... hekhek (abaikan abam haikal yang tgh lepak main psp atas sofa tu)

Till then, mekda.

Labels: , ,
Reactions: 
0 Responses