mek da ©™
Dear diary,

Hari ni kak mek nak share resepi nasi lemak versi mek da yerrr... nih ada beberapa koleksi gambar nasi lemak air tangan kak mek.. sila layankan kahkahkah 



Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan Nasi:-

2 cawan beras dicuci bersih
2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul
3 hiris halia
1 sudu besar minyak masak atau minyak sapi
sedikit halba 

Cara-cara:-

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau supaya rata dan biarkan masak.


Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan sambal ikan bilis nasi lemak mek da:-

1 cawan ikan bilis - digoreng garing dahulu & toskan
Cili kering dikisar/ cili boh 
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
3-4 sudu gula pasir
Serbuk perasa ajinamoto (jika guna)
1/2 cawan air asam jawa
1 inci halia
1 cawan minyak untuk menumis


Cara-cara:-

1) Panaskan minyak. Tumiskan cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar tadi. 

2) Tumis hingga pecah minyak

3) Masukkan gula pasir bagi mencantikkan warna sambal (reneh hingga pecah minyak dan menjadi merah berkilat) wahhh gitu kakakaka!!


4) Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Reneh dengan api kecil hingga pekat.

5) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. Tambah sedikit air lagi dan reneh hingga sambal masak. Sambal yang dimasak lebih lama lagi sedap...

6) Jika tak nak mencampurkan ikan bilis dengan sambal tu pun boleh... 




Nasi lemak juga sedap dimakan dengan sambal sotong, sambal kerang, sambal udang, sambal telur, sambal ayam dan sambal-sambal yang seangkatan dengannya hehe...

Ok nih kak mek kongsikan pula Resepi Sambal Udang cara kak mek:-

Resepi Sambal Udang

Udang sederhana besar - Digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam terlebih dahulu. 
Cili kering dikisar/ cili boh 
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
3-4 sudu gula pasir
Serbuk perasa ajinamoto (jika guna)
1/2 cawan air asam jawa
1 inci halia
1 cawan minyak untuk menumis
1 Batang serai (dititik) jika tak guna pun tak pe

Cara-caranya:-


1) Panaskan minyak.  Goreng Udang yang telah digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam tadi. Goreng sekejap je tau... sekali lalu gitu... Kemudian angkat dan toskan. Dengan menggunakan minyak yang sama ( buang sedikit minyak jika banyak), tumiskan cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar tadi. Titikkan dengan serai. 

2) Tumis hingga pecah minyak.

3) Masukkan gula pasir bagi mencantikkan warna sambal (reneh hingga pecah minyak dan menjadi merah berkilat) wahhh gitu kakakaka!!


4) Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Reneh dengan api kecil hingga pekat.

5)Tambah sedikit air lagi dan reneh hingga sambal masak. Sambal yang dimasak lebih lama lagi sedap...

6) Bila sambal tu dah kelihatan pekat dan cantik, baru masukkan udang yang telah digoreng seketika tadi. Kacau sekejap kemudian tutup api. Siap!

7) Udang jangan masak lama-lama tau! heee





Nah satu lagi resepi sambal sotong cara kak mek :P


Resepi Sambal Sotong

Sotong ( Direbus terlebih dahulu  dan toskan bagi mengeluarkan air sotong ) 
Cili kering dikisar/ cili boh 
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
3-4 sudu gula pasir
Serbuk perasa ajinamoto (jika guna)
1/2 cawan air asam jawa
1 inci halia
1 cawan minyak untuk menumis
1 Batang serai (dititik) jika tak guna pun tak pe

Cara-caranya:-


1) Rebus sotong dan toskan. Rebus sekejap je tau jgn lama-lama nanti sotong tu kecut dan tak cantik gituu.. Ini bagi mengelakkan sambal kita berair... Kemudian, panaskan minyak... tumiskan cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar tadi. Titikkan dengan serai. 

2) Tumis hingga pecah minyak.

3) Masukkan gula pasir bagi mencantikkan warna sambal (reneh hingga pecah minyak dan menjadi merah berkilat) wahhh gitu kakakaka!! Sama jek resepi sambal kak mek nih..bezanya ganti sama ada dgn udang, sotong dan yg seangkatan dgnnya huhuhu...


4) Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Reneh dengan api kecil hingga pekat.

5)Tambah sedikit air lagi dan reneh hingga sambal masak. Sambal yang dimasak lebih lama lagi sedap...

6) Bila sambal tu dah kelihatan pekat dan cantik, baru masukkan sotong yang telah direbus seketika tadi. Kacau sekejap kemudian tutup api. Siap!

7) Sotong pun jangan masak lama-lama tau! Ok selamat mencuba



Fakta & Hidangan Nasi Lemak:-

  • Telur Rebus/Telur Mata/Telur Puyuh/Telur Dadar
  • Timun Batang ( Kak mek suka timun jepun)
  • Kacang tanah goreng jika suka... kak mek xpenah sediakan kacang pommm.. hihi malas
  • Serunding Daging pom sedap dimakan dengan nasi lomak
  • Ayam goreng!  semestinya sedap sentiasa kan... lagi2 ayam celup tepung spicy perghhhh
  • Nak hipsturrr sikit........ nasi lemak chicken chop kohkohkoh
  • Sometimes nasi lomak boleh ditukar kepada warna hijau atau pink wahahah.. kerlas gitu


Jangan lupa............ kopi O kena ade huhu

Jangan lupa............ cuba resepi ni hikhik

"Asal usul Sejarah Nasi Lemak adalah berasal dari tanah semenanjung Malaysia. Nasi Lemak juga menjadi makanan popular di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera.... "

Till then, mekda.







Labels:
Reactions: 
1 Response
  1. tq semua resepi2.....aummm sodappp terbaeekkkk