mek da ©™

Dear diary,

Kalo korang tak suka asam pedas sekalipun, datang Melaka ni kena la acah-acah suka makan asam pedas! This is Melaka hokkeh kikiki............. no budu budu kohkoh


Seperti yg kak mek katakan sebelum ni, berhampiran hotel yg kak mek tinggal... banyak giler restoran asam pedas... pening nk pilih yg mana satu. Asam Pedas JR pun kat area ni iaitu berhadapan dgn menara taming sari.... 

Akhirnya kami ke Restoran Asam Pedas Zaiton, belakang hotel kami tinggal je.. yg penting jalan kaki!


Pelbagai menu asam pedas, mcm-mcm ikan ade.. pilih jangan tak pilih!  Antaranya asam pedas ikan tenggiri, ikan pari, ikan jenahak, ikan merah, ikan kembong, ikan parang... harga ikan lain-lain hokkeh!

Selain itu lauk2 lain pun byk seperti daging tetel, sotong sumbat, siput sedut masak cili api, ayam sambal, ayam goreng, ikan bakar, pelbagai ulam dan sayuran....


Akhirnya kami pilih 2 ketul isi ikan jenahak... seketul RM15 kohkohkoh :P


Kami amik jugak ayam sambal (utk haikal benonya), sambal belacan dan masak lemak cilipadi siput sedut beserta ulam-ulaman


acah-acah mkn siput sedut.... zara ckp.. mama ni siput B*** kan? hahhahaha adoihaii anak

Total mkn lunch aritu RM70++++ tu pun tak abis licin sgt makannya walaupun hanya amik lauk ciput cenggitu hehe... ok la kan.. ikan 2 keping je dah RM30... 



RESTORAN ZAITON ASAM PEDAS MELAKA
G2, Jalan PM 14
Plaza Mahkota Bandar Hilir
75000 Melaka




Antara lain, asam pedas claypot & asam pedas selera kampung pun antara yg popular... alamat? sila google sendiri ye hehehe :P

Till then,
mekda
don't mess with melaka

Labels: , , ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...